KOTA BHARU:Jabatan Kesihatan Kelantan mengesahkan semua penduduk di Kampung Chedok, Bukit Bunga, Tanah Merah, di sini diarahkan menjalani ujian saringan COVID-19, pada Khamis.
Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Husin, berkata pihaknya sedang menjalankan ujian saringan di kampung berkenaan.
"Kita tidak dapat berkongsi sebarang maklumat lanjut buat masa ini," katanya ringkas pada Khamis.
Terdahulu, tular di media sosial beberapa gambar yang menunjukkan penduduk kampung berbaris panjang menunggu giliran untuk melakukan ujian saringan COVID-19.
Saringan membabitkan semua penduduk itu dikatakan dilakukan selepas beberapa kes positif COVID-19 dikesan membabitkan perantau yang pulang ke kampung.
Kelantan pada Khamis mencatatkan 85 kes positif COVID-19 baharu dengan keseluruhan kes positif COVID-19 direkodkan kini sebanyak 1,649 kes.
Secara keseluruhan, sebanyak 18 kluster turut direkodkan di Kelantan dengan satu kluster baharu iaitu kluster Bukit Bakar diisytiharkan semalam.
Vivi Sumanti
Thu Jan 14 2021

Dr Zaini mengesahkan pihaknya sedang menjalankan ujian saringan di kampung berkenaan. - Gambar/ Media sosial

AWANI Ringkas: PERMAI | RM150 Juta lagi diperuntukkan untuk GKP
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Rogol anak tiri 105 kali, bapa dipenjara 1,050 tahun, 24 sebatan
Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 1,050 tahun dan sebatan maksimum 24 kali ke atas seorang lelaki.

AWANI Ringkas: Bayaran BPN 2.0 ambil masa seminggu dikreditkan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Cabar pengisytiharan darurat? Itu gembar-gembur politik sahaja - Anwar Ibrahim
"Dakwaan yang mengatakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar pengisytiharan darurat adalah gembar-gembur politik sahaja," kata Anwar.

Darurat punca kadar pelaburan asing jatuh - Anwar
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa alasan berdepan cabaran pandemik COVID-19 sebagai punca pengaliran masuk Pelaburan Langsung Asing (FDI) merosot sehingga 68 peratus tidak boleh digunapakai.

Cabar perisytiharan darurat? Itu politik sahaja - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan bahawa permohonan di Mahkamah Tinggi itu adalah bagi mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman berhubung peranan Perdana Menteri dalam pengisytiharan darurat dan penggantungan parlimen.

Kerajaan perlu akui FDI negara teruk, COVID-19 bukan alasan - Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim berpandangan kerajaan perlu lebih telus dan belajar menerima kenyataan.

Kerajaan perlu akui pelaburan negara semakin teruk
Ketua Pembangkang , Datuk Seri Anwar Ibrahim berpandangan kerajaan perlu lebih telus dan belajar menerima kenyataan selepas melihat ekonomi negara semakin parah.
![[INFOGRAFIK] Laporan LAKSANA ke-38 [INFOGRAFIK] Laporan LAKSANA ke-38](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1887455/8967789641611756208061_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Laporan LAKSANA ke-38
Berikut merupakan laporan Laksana ke-38 oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF).

AWANI Ringkas: 150,000 bantuan komputer riba diagih Februari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

COVID-19: Individu pernah ke kawasan berisiko diminta segera buat saringan - Pengarah Kesihatan Sarawak
Sesiapa yang telah ke tempat berisiko sama ada untuk mengunjungi ahli keluarga, rakan, atau menghadiri sebarang majlis seperti perkahwinan atau pengebumian pergi membuat saringan.

Usah politikkan Proklamasi Darurat - Ismail Sabri
Proklamasi itu bagi memudah cara dan memperkasa segala tindakan kerajaan dalam mengawal penularan virus.

COVID-19: Thailand rekod 914 kes baharu susulan saringan besar-besaran
Thailand merekodkan 914 kes baharu COVID-19 susulan pelaksanaan ujian besar-besaran yang dijalankan di Samut Sakhon.

PKRC MAEPS masih mampu tampung pesakit bergejala rendah
Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) masih mampu menampung pesakit COVID-19 bergejala rendah di Selangor.

6,894 pekerja asing jalani ujian saringan, ini 5 tumpuan kenyataan media Ismail Sabri
Daripada jumlah yang telah menjalani saringan itu, 154 pekerja asing disahkan positif COVID-19.

COVID-19: Pejabat KWSP Jalan Raja Laut ditutup bermula esok
Pejabat dan kaunter Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur akan ditutup bermula esok selepas salah seorang kakitangannya disahkan positif COVID-19.

COVID-19: Sarawak terima peruntukan RM57 juta daripada KKM
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperuntukkan RM57 juta dengan segera bagi menambah baik makmal ujian RT-PCR serta Unit Rawatan Rapi (ICU) di Sarawak

COVID-19: Slovakia sasar hampir semua rakyat lakukan ujian saringan
Ujian saringan tidak diwajibkan, namun bermula Khamis lepas, rakyat Slovakia perlu menunjukkan keputusan negatif COVID-19 sebelum masuk ke tempat kerja.

Saringan wajib COVID-19: 3,942 pekerja asing positif setakat ini
198,422 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan COVID-19 yang melibatkan 7,790 majikan.

Tiga lokaliti PKPD ditamatkan - Ismail Sabri
Kerajaan mengumumkan penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga lokasi pada hari ini.