awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Siasatan rasuah ADUN Sabah: SPRM siasat taikun Singapura
MALAYSIA
Jenayah seksual di Terengganu meningkat dalam tempoh enam bulan pertama 2025
MALAYSIA
Pemangku PM Thailand, kabinet baharu angkat sumpah pada Khamis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Jabatan Peguam Negara sahkan tolak tawaran penyelesaian Jho Low

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
16/07/2022
08:35 MYT
Jabatan Peguam Negara sahkan tolak tawaran penyelesaian Jho Low
Idrus Harun memaklumkan, Jho Low menerusi wakilnya membuat percubaan untuk mendapatkan satu penyelesaian dengan kerajaan Malaysia pada tahun ini. - Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara mengesahkan kerajaan menolak tawaran penyelesaian ahli perniagaan kontroversi dalam buruan, Low Taek Jho atau lebih dikenali dengan Jho Low.
Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun memaklumkan, Jho Low menerusi wakilnya membuat percubaan untuk mendapatkan satu penyelesaian dengan kerajaan Malaysia pada tahun ini.
"Dalam percubaan ini, wakil Jho Low telah bertemu dengan beberapa agensi kerajaan Malaysia termasuk Jabatan Peguam Negara.
"Kesemua tawaran penyelesaian daripada wakil Jho Low telah ditolak oleh Jabatan Peguam Negara," katanya dalam kenyataan di sini, pada Sabtu.
Sinar Harian yang memetik The Edge melaporkan, Jho Low dipercayai menawarkan RM1.5 bilion kepada kerajaan Malaysia untuk menyelesaikan pertuduhan terhadapnya berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Jho Low dipercayai diwakili oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dalam rundingannya dengan kerajaan Malaysia.
Bagaimanapun Mohamed Apandi dilaporkan tidak menjawab pertanyaan The Edge mengenai perkara itu.
Mohamed Apandi adalah individu yang melepaskan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada sebarang salah laku dalam 1MDB pada 2016 semasa beliau berkhidmat sebagai Peguam Negara (AG) di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Topic Berkaitan
#Jho Low
#Najib Razak
#Peguam Negara
#1Malaysia Development Berhad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami