awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jabatan Peguam Negara tidak akan wakili SPR

Astro Awani
Astro Awani
22/06/2018
10:29 MYT
Jabatan Peguam Negara tidak akan wakili SPR
Jabatan Peguam Negara tidak akan mewakili SPR bagi mengelak timbulnya percanggahan kepentingan. Gambar fail.
Jabatan Peguam Negara tidak akan mewakili mana-mana pihak dalam petisyen pilihan raya termasuklah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mengelak kemungkinan timbulnya percanggahan kepentingan, kata peguam negara Tommy Thomas.
Katanya, Perlembagaan Persekutuan secara jelas memperuntukkan bahawa Pengerusi SPR mestilah mendapat kepercayaan awam, begitu juga dengan suruhanjaya itu sendiri sebagai pemutus yang berkecuali (neutral arbiter) dalam penjalanan pilihan raya.
"Kerajaan biasanya menjadi pihak kepada petisyen pilihan raya tersebut, sama ada dalam kalangan ahli parlimen, ahli dewan undangan negeri (ADUN) atau pihak yang telah tewas.
“Adalah tidak menyenangkan bagi jabatan ini untuk mewakili SPR," katanya dalam kenyataan.
Katanya, tindakan pegawai Jabatan Peguam Negara mewakili SPR menyebabkan timbulnya kemungkinan percanggahan kepentingan dan persepsi bahawa keadilan hendaklah dilihat untuk dilaksanakan.
Mengulas lanjut, Tommy berkata tugas utama Jabatan Peguam Negara adalah untuk bertindak sebagai penasihat undang-undang kepada cabang eksekutif kerajaan yang diketuai oleh Perdana Menteri dan untuk mewakili kerajaan dalam prosiding jenayah dan sivil di mahkamah.
"Oleh sebab itu, mulai hari ini, Jabatan Peguam Negara tidak akan mewakili mana-mana pihak dalam petisyen pilihan raya manakala SPR hendaklah melantik dan memilih peguam mereka sendiri daripada Badan Peguam Malaysia untuk mewakili mereka menerusi prosiding perundangan," jelasnya.
hendaklah peguam pilihan mereka sendiri daripada Badan Peguam Malaysia untuk mewakili mereka dalam prosiding perundangan," jelasnya.
Topic Berkaitan
#kerajaan
#mahkamah
#Parlimen
#Peguam Negara
#pilihan raya
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan