awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jabatan Penjara buat penilaian sebelum benar banduan jalani pemulihan dalam komuniti

Bernama
Bernama
13/03/2023
20:45 MYT
Jabatan Penjara buat penilaian sebelum benar banduan jalani pemulihan dalam komuniti
Sokongan rakyat penting untuk menjayakan pelaksanaan program dalam komuniti kerana tanpa penglibatan atau penerimaan masyarakat, usaha berkenaan tidak akan mencapai kejayaan. - Foto Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
KUALA LUMPUR: Jabatan Penjara melakukan penilaian risiko terhadap seseorang banduan sebelum memberi peluang kepada mereka menjalani program pemulihan dalam komuniti.
Timbalan Ketua Pengarah (Keselamatan dan Koreksional), Jabatan Penjara Datuk Abdul Aziz Abdul Razak berkata, pihaknya akan memastikan banduan telah mencapai tahap tertentu ketika menjalani hukuman di dalam penjara serta dipastikan selamat untuk berada dalam komuniti sebelum dipilih menjalani program itu.
"Mereka sentiasa dalam pengawasan kami... bukan semua banduan akan dibawa keluar tapi ia berpandu kepada tahap pemulihan yang mereka telah capai.
"Kita akan buat keputusan, (jika) mereka selamat dalam masyarakat, maka akan dibawa keluar," katanya.
Beliau berkata demikian semasa menjadi tetamu dalam rancangan Apa Khabar Malaysia terbitan Bernama TV bertajuk Sambutan Hari Penjara ke-233, di sini pada Isnin.
Menurut Abdul Aziz, sokongan rakyat penting untuk menjayakan pelaksanaan program dalam komuniti kerana tanpa penglibatan atau penerimaan masyarakat, usaha berkenaan tidak akan mencapai kejayaan.
"Jabatan Penjara sudah mainkan peranan dengan pelbagai syarikat untuk memastikan mereka (banduan) ini bekerja dan mereka akan dilindungi insurans, mendapat caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan gaji mengikut gaji minimum yang dikuatkuasakan oleh kerajaan," katanya.
Sementara itu, beliau menjemput orang ramai untuk menyertai sambutan Hari Penjara ke-233 di Maktab Penjara Malaysia di Kajang pada 21 Mac ini secara fizikal atau dalam talian. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#KWSP
#Jabatan Penjara
#komuniti
#banduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan