KUALA LUMPUR : Permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menghadiri sidang Dewan Rakyat ditolak Jabatan Penjara Malaysia (JPM).
Perkara itu dimaklumkan peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, selepas prosiding perbicaraan penyelewengan dana RM2.3 bilion 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada Isnin.
Menurut Muhammad Shafee, permohonan berkenaan dibuat kepada Ketua Pengarah Jabatan Penjara, pada 19 September lalu.
“Mereka balas permohonan itu dan tidak benarkan atas alasan keselamatan. Saya rasa pelik kerana Parlimen lagi selamat dari mahkamah kerana di situ (Parlimen) Najib hanya terdedah kepada orang awam.
“Disebabkan permohonan ditolak, kami buat rayuan kepada Menteri Dalam Negeri termasuk menulis surat kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun," katanya.
Mengulas lanjut, Muhammad Shafee menyatakan Najib masih lagi Ahli Parlimen Pekan yang sepatutnya diberikan hak untuk menghadiri sidang Parlimen.
"Ini termasuk hak beliau (Najib) untuk mendengar pembentangan Bajet 2023 yang akan berlangsung pada Jumaat akan datang," katanya.
Muhammad Shafee turut berpendapat, Najib juga perlu diberikan hak untuk bertemu dengan rakyat di kawasannya.
Terdahulu, Azhar berkata, meskipun Najib sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun namun beliau boleh menghadiri sidang Parlimen.
Bagaimanapun katanya, perkara itu tertakluk kepada kebenaran Jabatan Penjara berikutan pihaknya tidak mempunyai sebarang kuasa terhadap Najib yang kini menjalani hukuman penjara.
Hilmi Malik
Mon Oct 03 2022

Permohonan Najib dibuat kepada Ketua Pengarah Jabatan Penjara, pada 19 September lalu. - Gambar fail

Pengembara terpaksa beratur lebih sejam di terminal feri Labuan
Keadaan sesak itu dijangka berlarutan hingga hujung minggu depan.

HAWANA 2023: Media tradisional harus bekerjasama dengan pengiklan untuk cipta lebih banyak peluang
Media tradisional harus bekerjasama rapat dengan pengiklan untuk mencipta dan menginovasi lebih banyak peluang untuk meningkatkan kesedaran jenama sebagai salah satu alat pemasaran dalam era digital.

Penyusutan ringgit: Kerajaan belum cadang semak semula unjuran pertumbuhan ekonomi - Rafizi
Kerajaan belum bercadang untuk menyemak semula unjuran pertumbuhan ekonomi negara tahun ini susulan penyusutan mata wang ringgit dua minggu kebelakangan ini.

PBAKL 2023 dapat sambutan meriah golongan muda
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023 yang bermula Jumaat lalu di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) mendapat sambutan meriah terutama daripada golongan muda.

Menteri Agama cadang tubuh pusat mediasi selesai isu Islam, bukan Islam
Menteri Agama mencadangkan satu pusat mediasi di luar konteks mahkamah ditubuhkan bagi menyelesaikan pertikaian membabitkan antara orang Islam dan bukan Islam.

Masters Malaysia: Semangat juang Pearly-Thinaah tawan hati rakyat Malaysia
Pearly Tan-M Thinaah, menamatkan perjalanan penuh cemerlang dalam Kejohanan Badminton Masters Malaysia apabila dinobat sebagai naib juara di Arena Axiata, Bukit Jalil sebentar tadi.

Tiada keperluan tubuh jawatankuasa khas selamatkan Tanah Rizab Melayu di Kedah - Sanusi
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata tiada keperluan untuk menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyelamatkan Tanah Rizab Melayu di negeri itu.

HAWANA 2023: Majlis Media perlu bebas daripada campur tangan kerajaan
Taufiqurrahman berkata badan itu penting dalam memastikan media negara berkenaan bebas daripada campur tangan kerajaan.

Filipina ambil pendekatan neutral terhadap Rusia - Duta
Duta Besar Filipina ke Rusia Igor Bailen berpendapat Manila tidak akan mengenakan sekatan terhadap Moscow.

HAWANA 2023: Surat khabar masih punyai peranan penting - PM Anwar
Surat khabar tetap mempunyai peranan penting dalam menyalurkan maklumat dan berpotensi untuk bertahan jika mengekalkan mutu dan integritinya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kes pinda laporan audit 1MDB: Rayuan pendakwaan ditetapkan untuk satu lagi tarikh pengurusan kes pada 21 Julai
Rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy dalam kes meminda laporan audit 1MDB.

Pendengaran rayuan Peguam Diraja LaidLaw pada 10 Ogos
Tarikh pendengaran rayuan itu ditetapkan semasa pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Suhaila Haron, Khamis lepas.

Kes saman barang kemas: Rosmah perlu fail pernyataan pembelaan selewat-lewatnya 2 Jun
Rosmah perlu memfailkan pernyataan pembelaan dalam tempoh tiga minggu dan pengurusan kes selanjutnya ditetapkan pada 7 Jun.

Kes 1MDB: Najib cirit-birit, perbicaraan tangguh lagi
Perbicaraan 1MDB babit Najib di Mahkamah Tinggi pada Khamis, tertangguh lagi selepas beliau masih menerima rawatan akibat cirit-birit dan berisiko mengalami dehidrasi.

Najib tidak hadir prosiding, dirujuk ke HKL selepas alami cirit-birit dan dehidrasi
Perkara itu disahkan Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Penjara Kajang, Dr Mohd Hafiz Mohd Hoshni.

Jho Low atasi pengarah 1MDB dalam keputusan pelaburan luar pesisir 1MDB - Saksi
Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa berdasarkan pemerhatiannya, Jho Low adalah pihak atasan yang memberi kebenaran berhubung keputusan kewangan membabitkan pelaburan luar pesisir 1MDB.

Bicara kes saman RM42 juta SRC terhadap Najib bermula Januari 2025
Perbicaraan kes saman SRC International Sdn Bhd terhadap Najib berhubung dakwaan pecah amanah dan pelanggaran kewajipan statutori berkaitan dana SRC RM42 juta akan bermula Januari 2025.

'Rayuan pengampunan Najib tak dibincang sebab perlu ikut giliran'
Ini kerana masih terdapat banyak lagi permohonan pengampunan lain yang perlu dibincangkan oleh lembaga tersebut.

Setiap banduan berhak mohon pengampunan - Anwar
Katanya, semua permohonan yang dikemukakan banduan akan disemak secara profesional dan tanpa sebarang prejudis.

Kertas rayuan pengampunan Najib tidak dibawa pada mesyuarat Lembaga Pengampunan Jumaat lepas
Kertas berkenaan akan dipertimbangkan pada masa yang sesuai mengikut perundangan dan peraturan-peraturan yang terpakai.