Pencapaian membanggakan Dr Nor Syahairah Mohd Nor yang dinobatkan sebagai pelajar terbaik perubatan daripada Universiti Perubatan Warsaw, Poland harus menjadi inspirasi kecemerlangan pelajar negara ini.
Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata ia sekali gus platform terbaik yang harus dicontohi terutama pelajar di dalam bidang perubatan sendiri.
"Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah di atas pencapaian membanggakan Dr Nor Syahairah Mohd Nor yang telah mengharumkan nama negara di mata dunia setelah dinobatkan sebagai pelajar terbaik perubatan sekali gus menerima anugerah Golden Graduation bagi kecemerlangan akademik dan pencapaian luar biasa daripada Universiti Perubatan Warsaw, Poland.
"Bukan sesuatu yang mudah untuk menggapai segulung ijazah di kala berdepan dengan pelbagai cabaran sepanjang berada di negara orang, apatah lagi untuk mendapat penghargaan tertinggi dari sesebuah universiti terkemuka dunia.
"Pencapaian memberangsangkan anak kelahiran Masjid Tanah ini secara tidak langsung menjadi sumber inspirasi untuk anak-anak Masjid Tanah serta pelajar yang turut ingin melanjutkan pelajaran di dalam bidang perubatan atau dalam bidang lain supaya belajar bersungguh-sungguh agar dapat menabur bakti kepada rakyat Malaysia setelah tamat pengajian," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Anugerah diterima Dr Nor Syahairah diberikan kepada yang terbaik dalam kalangan lebih 70 pelajar antarabangsa dari Kesatuan Eropah, negara Timur Tengah dan Malaysia.
Turut mengharumkan nama negara, Dr Nur Aini Sharkhan dan Dr Mohamad Amirul Akram Mashum yang berjaya menamatkan pelajaran dengan memperoleh markah antara yang tertinggi.
Dalam pada itu, kata Mas Ermieyati, kejayaaan Dr Nor Syahairah juga membuka mata pelbagai pihak di universiti pengajian perubatan antarabangsa untuk terus yakin dengan keupayaan negara menghasilkan lebih ramai doktor muda berkemahiran tinggi.
"Ia sekali gus bukti kita mampu menggalas tanggungjawab penting ke arah peningkatan kualiti kesihatan masyarakat Malaysia.
"Tahniah juga diucapkan kepada seluruh tenaga pengajar dan ibu bapa beliau di atas kejayaan doktor muda ini kerana telah menjadi tulang belakang untuk sentiasa menyokong dan mendorong ke arah pembentukan sahsiah yang baik sepanjang pembelajaran di universiti.
"Saya percaya melalui kejayaan yang dikecapi oleh doktor muda ini, ia telah menjadi penanda aras baru di dalam bidang perubatan negara sekali gus memberi mesej positif terhadap aspirasi yang bakal dijayakan dalam kerangka Transformasi Nasional 2050 untuk generasi akan datang," jelasnya.
Astro Awani
Wed Jul 12 2017
Pencapaian membanggakan Dr Nor Syahairah Mohd Nor yang dinobatkan sebagai pelajar terbaik perubatan daripada Universiti Perubatan Warsaw, Poland harus menjadi inspirasi kecemerlangan pelajar negara ini.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Jadikan kejayaan Dr Nor Syahairah sebagai inspirasi - Mas Ermieyati
Pencapaian membanggakan Dr Nor Syahairah yang dinobatkan sebagai pelajar terbaik perubatan daripada Universiti Perubatan Warsaw, Poland harus menjadi inspirasi kecemerlangan pelajar negara ini.