awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyanyi 'Driving Home for Christmas', Chris Rea meninggal dunia pada usia 74 tahun
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan kelemahan dolar
Jumlah mangsa banjir di Pahang berkurangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Jadikan KL seperti Ketereh? Itu Teresa Kok yang cakap" - Annuar Musa

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
14/11/2020
06:52 MYT
"Jadikan KL seperti Ketereh? Itu Teresa Kok yang cakap" - Annuar Musa
Menurut Annuar Musa (kiri), konsep 'wilayah bebas berniaga' tidak bermaksud membelakangkan peruntukan undang-undang sedia ada. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR:Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menegur tindakan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang mempersoalkan tindakan beliau memberikan kebenaran kepada warga kota untuk membuka gerai secara bebas, mulai 15 November (esok).
Menurut Ahli Parlimen Keterah itu, beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan kononnya mahu menjadikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur seolah-olah seperti Ketereh, Kelantan susulan membenarkan peniaga bebas berniaga di mana-mana kawasan yang sesuai di sekitar bandar raya itu.
“Ahli Parlimen Seputeh kata saya nak jadikan Kuala Lumpur ini seperti Ketereh, semua orang buka gerai, dalam Parlimen pun boleh buka gerai. Itu dia yang cakap sendiri.
“Saya tak cakap buka gerai di bangunan Parlimen. Jalan-jalan Parlimen atau jalan-jalan protokol tidak boleh buka gerai. Kawasan keselamatan juga tak boleh buka gerai,” katanya kepada pemberita,di sini pada Sabtu.
BACA: Kuala Lumpur 'wilayah bebas berniaga' mulai 15 November - Annuar Musa
Justeru, Annuar menyifatkan tindakan Teresa yang mempersoalkan perkara tersebut ketika sesi Perbahasan di Dewan Rakyat baru-baru ini sebagai tidak menggunakan masa yang diperuntukkan dengan sebaik mungkin untuk membahaskan perkara yang lebih penting.
BACA: "Ahli Parlimen KL bila-bila masa boleh jumpa saya" - Annuar Musa
Mengulas lanjut, Annuar berkata konsep 'wilayah bebas berniaga' tidak bermaksud membelakangkan peruntukan undang-undang sedia ada.
“Bila saya umum wilayah bebas berniaga, bukan bermakna wilayah bebas undang-undang.
“Pelbagai undang-undang mengenai penjaja, kesihatan dan perancangan. Bukan saya kata wilayah bebas berniaga, (maka) undang-undang semua gantung dulu, tidak begitu.
“Jadi, bila seorang Ahli Parlimen dalam masa Perbahasan (berkata demikian), rugi lah masa (yang diperuntukkan) dan menjatuhkan standard kita sebagai Ahli Parlimen,” ujar beliau lagi.
Teresa baru-baru ini dilaporkan mempersoalkan tindakan Annuar memberi kebenaran kepada warga kota membuka gerai atau perniagaan secara kecil-kecilan di mana-mana kawasan yang sesuai.
Topic Berkaitan
#Teresa Kok
#Annuar Musa
#Tan Sri Annuar Musa
#Kuala Lumpur
#Dewan Rakyat
#kesihatan
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan