Datuk Seri Najib Razak mempunyai jadual padat pada sesi ke-70 Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu di sini, dengan menyertai dalam sekurang-kurangnya tujuh mesyuarat peringkat tertinggi yang akan diadakan di kompleks PBB di Manhattan di sini.
Perdana menteri, yang mengetuai delegasi terdiri daripada beberapa menteri Kabinet, akan menyampaikan pernyataan rasmi pada mesyuarat berkenaan sebelum berucap dalam Debat Umum PBB pada 1 Okt.
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata perdana menteri akan turut diiringi Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Madius Tangau dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Seri Abdul Wahid Omar.
Anifah berkata tema bagi sesi tahun ini ialah "PBB pada 70: Jalan ke Arah Keamanan, Keselamatan dan Hak Asasi Manusia".
Di luar persidangan itu, Anifah berkata Najib dijadual mengadakan rundingan dua hala dengan beberapa ketua kerajaan dan ketua negara yang menghadiri perhimpunan agung itu.
Najib terlebih dahulu akan berucap pada rundingan Meja Bulat Peringkat Tinggi mengenai Kerjasama Selatan-Selatan, antara lain akan dihadiri oleh Setiausaha Agung PBB Ban ki-Moon dan pemimpin China, Xi Jinping.
Semasa di New York, perdana menteri dijadual menerima anugerah pada majlis jamuan malam gala bersempena ulang tahun ke-150 Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU).
Anugerah itu berikutan sumbangan beliau ke arah memanfaatkan potensi teknologi komunikasi dan maklumat bagi pembangunan lestari.
Pada Ahad (27 Sept), Najib merupakan antara pemimpin yang akan berucap pada Sidang Kemuncak PBB untuk Menerima Pakai Agenda Pembangunan pasca-2015 mengenai Pembangunan Mapan.
Anifah berkata Najib dijangka menggariskan komitmen dan sokongan Malaysia bagi Agenda Pembangunan 2030 dan pelaksanaannya.
Pada hari sama, perdana menteri dijadual berucap pada Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Sedunia mengenai Kesamarataan Gender dan Pemerkasaan Wanita.
Isnin ini, Najib akan mempengerusikan Mesyuarat ke-5 Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global (GSIAC) di sebuah hotel di sini.
Beliau kemudian akan beredar ke ibu pejabat PBB untuk menyampaikan ucapan pada Sidang Kemuncak para Pemimpin mengenai Pemeliharaan Keamanan, sesi yang dipengerusikan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.
Ini disusuli dengan majlis minum petang Najib bersama diaspora Malaysia di Pejabat Perwakilan Tetap Malaysia di sini sebagai sebahagian daripada Program Outreach kerajaan dengan rakyat Malaysia di luar negara yang tinggal, belajar dan bekerja di Amerika Syarikat.
Pada Selasa, Najib akan menyampaikan satu lagi ucapan penting pada Sidang Kemuncak para Pemimpin mengenai Pembanterasan ISIL dan Keganasan Melampau yang turut dipengerusikan Presiden Obama.
Anifah berkata perdana menteri dijadual menghadiri Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Negara-negara yang terlibat dalam Pasukan Penyiasat Bersama berhubung MH17 (JIT) terdiri daripada Australia, Belgium, Belanda, Ukraine dan Malaysia.
"Mesyuarat itu bertujuan menegaskan semula keazaman bersama dan berterusan negara anggota JIT untuk memburu kebertanggungjawaban pelaku dan mendapatkan keadilan bagi mangsa serta orang tersayang mereka," katanya.
Tumpuan lain perdana menteri semasa berada di sini adalah untuk terus mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan menarik dalam pertemuan beliau dengan pemimpin perniagaan dan peneraju industri Amerika Syarikat.
Sementara itu, Anifah juga mempunyai jadual yang padat dengan menghadiri beberapa mesyuarat membabitkan menteri dari ASEAN selain mesyuarat bersama beberapa kumpulan hubungan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor akan berlepas dari New York City ke Milan, Itali, pada 1 Okt untuk satu lagi lawatan kerja.
Bernama
Fri Sep 25 2015
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi sumbangan kepada Pengarah Pusat Kebudayaan Islam New York Abdul Razzaq E Al Amiri. - Foto BERNAMA
AWANI Tonight: 3rd May 2024
#AWANITonight with Hafiz Marzukhi
- M'sia drops 34 spots to 107th in World Press Freedom Index
- Gaza: Turkiye halts all trade with Israel
#AWANIenglish #AWANInews
- M'sia drops 34 spots to 107th in World Press Freedom Index
- Gaza: Turkiye halts all trade with Israel
#AWANIenglish #AWANInews
Menteri Luar Malaysia akan wakili PM Anwar di Sesi Ke-15 Sidang Kemuncak OIC di Banjul, Gambia
Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengetuai delegasi Malaysia selaku wakil Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sesi Ke-15 Sidang Kemuncak OIC di Banjul, Gambia dari 4 hingga 5 Mei ini.
Perhilitan Kelantan tangkap gajah liar ganggu penduduk di Tanah Merah
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan menangkap seekor gajah liar di Kampung Tal Tujuh, Jerangau, semalam.
Pemuda dipenjara lapan bulan, denda 1,500 kerana curi beg sandang wanita sarat hamil
Seorang pekerja sebuah syarikat penapis air yang mencuri beg sandang seorang wanita sarat mengandung sembilan bulan dihukum penjara selama lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.
AWANI 7:45 [03/05/2024] – 15 lokasi skrin besar | Malaysia di kedudukan 107 | Nasihat Mufti Perak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Misi 'pecahkan Tembok Besar China' dan mara ke final Piala Thomas
- Indeks kebebasan media Malaysia merudum
- Tersasar daripada landasan keadilan Islam, mufti nasihat henti boikot KK Mart
- Cedera di kepala, kaki dan tangan, polis buru dua individu samun Akhyar Rasid
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Misi 'pecahkan Tembok Besar China' dan mara ke final Piala Thomas
- Indeks kebebasan media Malaysia merudum
- Tersasar daripada landasan keadilan Islam, mufti nasihat henti boikot KK Mart
- Cedera di kepala, kaki dan tangan, polis buru dua individu samun Akhyar Rasid
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
AWANI Tonight: Malaysia drops 34 spots to 107th place in World Press Freedom Index
Malaysia placed 107th in the World Press Freedom Index, dropping 34 places from 73rd last year with a score of 52.07 points.
AWANI Tonight: Turkiye halts all trade with Israel
Turkiye will suspend all trade with Israel over its offensive in Gaza until it allows an uninterrupted and sufficient flow of aid into the Strip to address the humanitarian crisis there.
PM tidak pernah pinggir masyarakat India malah salur pelbagai bantuan - Ramanan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah meminggirkan masyarakat India di negara ini malah beliau telah meningkatkan lagi peruntukan kepada mereka.
Tiga pegawai polis berpangkat ACP, DSP, Inspektor disyaki terlibat pemerasan ditahan
Tiga pegawai kanan polis berpangkat Asisten Komisoner, Deputi Superitendan dan Inspektor yang disyaki terlibat dalam kes pemerasan berjumlah RM1.25 juta ditahan pada Jumaat.
AWANI Ringkas: MKT UMNO beri komitmen sokong calon PH
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jadual padat menanti Perdana Menteri di Perhimpunan Agung PBB
Datuk Seri Najib akan menyampaikan pernyataan rasmi pada mesyuarat berkenaan sebelum berucap dalam Debat Umum PBB pada 1 Okt.