awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Jurutera rugi RM275,000 terperdaya penipuan pelaburan dalam talian
DUNIA
Israel dakwa bunuh pengasas bersama Hamas, Hakham Muhammad Issa
MALAYSIA
Pemandu, penumpang bas ekspres, persiaran wajib pakai tali pinggang keledar mulai 1 Julai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Jaga adab ketika ziarah, jangan lakukan khurafat - Ibu Allahyarham Nurly Shahirah

Bernama
Bernama
29/06/2025
03:45 MYT
Sponsor Banner
Jaga adab ketika ziarah, jangan lakukan khurafat - Ibu Allahyarham Nurly Shahirah
Keluarga Allahyarham Nurly Shahirah memasang penghadang di pusara bagi mengelakkan perbuatan khurafat oleh pengunjung selepas tragedi kemalangan bas di Gerik. - Foto Sinar Harian
JERTIH: Ibu kepada Allahyarham Nurly Shahirah Azman, seorang daripada mangsa kemalangan ngeri di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) di Gerik pada 9 Jun lepas meminta orang ramai yang menziarahi pusara anaknya supaya menjaga adab dengan tidak melakukan perbuatan syirik dan khurafat.
Kamariah Abdul Latif, 60, berkata, dalam usaha menghalang perkara itu, keluarganya kini terpaksa memasang tali penghadang di pusara Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gong Pasir, Kerandang di sini.
"Kami letak tali itu sebab ada yang datang ambil tanah dan cium batu nisan. Saya nasihatkan orang ramai yang datang jagalah adab ketika berada di kubur dan elakkan perbuatan syirik dan khurafat," katanya ketika ditemui Bernama di Kampung Gong Pasir, Kerandang, di sini, hari ini.
Kamariah berkata, selain itu, pihak keluarga juga memberi peringatan kepada orang ramai supaya tidak mengangkat dan mengusik naskhah al-Quran lengkap tulisan tangan Allahyarham Nurly Shahirah yang diletakkan di pekarangan rumah bagi mengelakkan daripada koyak dan sebagainya.
"Saya jaga supaya tidak ada yang datang membelek helaiannya, selain ada sebahagian orang pula datang serta cium al-Quran ini, jadi saya bimbang tulisannya terjejas dan tanggal. Ini sahaja kenangan yang saya ada," katanya.
Tinjauan Bernama hari ini di Kampung Gong Pasir, Kerandang mendapati orang ramai termasuk dari Kedah, Pahang, Kuala Lumpur dan Kelantan tidak putus-putus menziarahi keluarga Allahyarham Nurly Shahirah meskipun setelah hampir tiga minggu nahas ngeri berkenaan berlaku.
Allahyarham Nurly Shahirah antara 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam kemalangan berkenaan apabila bas yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di JRTB berhampiran Tasik Banding, Gerik, manakala 33 lagi cedera termasuk pemandu dan tiga penumpang Perodua Alza.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#nahas bas UPSI
#Allahyarham Nurly Shahirah Azman
#khurafat
#cium batu nisan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami