awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Jaga Sabah Musa," bekas Ketua Menteri terkenang nasihat Allahyarham Rahimah

Bernama
Bernama
14/03/2022
23:15 MYT
"Jaga Sabah Musa," bekas Ketua Menteri terkenang nasihat Allahyarham Rahimah
Musa berkata beliau bertuah kerana berpeluang mengenali Allahyarham yang tidak kekok untuk memberitahunya tentang kerisauan dan harapannya terhadap Sabah. - Foto Tan Sri Musa Aman
KOTA KINABALU: "Jaga Sabah Musa", itu nasihat Allahyarham Toh Puan Rahimah Stephens setiap kali mengakhiri perbualan yang akan sentiasa diingati oleh bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman.
Musa berkata beliau bertuah kerana berpeluang mengenali Allahyarham yang tidak kekok untuk memberitahunya tentang kerisauan dan harapannya terhadap Sabah.
Beliau berkata Sabah kehilangan seorang wanita yang berbudi pekerti luar biasa dan telah mempelopori peranan wanita dalam perkhidmatan awam sebagai Menteri Kabinet wanita pertama Sabah di bawah kerajaan Berjaya.
"Mewakili keluarga saya, saya mengucapkan takziah kepada keluarga Toh Puan Rahimah Stephens atas pemergian beliau.
"Toh Puan seorang yang merendah diri dan baik serta cekal walaupun berdepan dengan begitu banyak cabaran termasuk kematian tragis suaminya, bekas Ketua Menteri Allahyarham Tun Fuad Stephens.
"Kecekalan beliau seiring dengan semangatnya untuk hidup yang dicerminkan melalui minatnya terhadap tarian sehingga ke usia emasnya," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Rahimah, 91, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini pada kira-kira 4 pagi semalam dan selamat dikebumikan pada tengah hari di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas.
BACA: Rahimah Stephens meninggal dunia akibat serangan jantung
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Musa Aman
#Rahimah Stephens
#Sabah
#menteri Kabinet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan