BALU bekas Ketua Menteri dan Gabenor Sabah Tun Mohd Fuad Stephens, Toh Puan Rahimah Stephens meninggal dunia pada usia 91 tahun awal pagi tadi.
Allahyarham meninggal dunia akibat serangan jantung ketika menunggu rawatan di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu selepas dikatakan terjatuh hujung minggu lalu.
Menurut anak perempuannya Faridah, ibunya kekal bersemangat walaupun mengalami patah tulang.
Beliau berkata seorang pakar bedah akan tiba hari ini untuk memberi nasihat mengenai rawatan lanjut.
"Malangnya, dia mengalami serangan jantung pada awal pagi," kata Faridah kepada Daily Express.
Rahimah dilahirkan pada 22 Oktober 1930 di Beaufort, Sabah.
Allahyarham pernah menjadi ADUN kawasan Kiulu, Tuaran, Sabah.
Pada tahun 2011, beliau dinobatkan sebagai "Tokoh Mubarak 2011" sempena Perhimpunan Agung Tahunan Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Ke-8 di Kota Kinabalu.
Pada 1961, beliau menjadi Ketua Wanita Parti UNKO (kemudian ditukar nama kepada UPKO) yang ditubuhkan oleh suaminya.
Rahimah kemudian menjadi Ketua Wanita Parti Berjaya dan wakil rakyat Kiulu setelah menang dalam pilihan raya kecil Sabah.
Pada 17 Julai 1976, beliau dilantik sebagai Menteri Kebajikan dalam Kerajaan Negeri Sabah.
Beliau merupakan wanita pertama yang dilantik sebagai Menteri dalam Kerajaan Negeri Sabah.
Astro Awani
Mon Mar 14 2022
Toh Puan Rahimah Stephens meninggal dunia pada usia 91 tahun awal pagi tadi. -Gambar fail
Manja Man pengendali baharu Kelantan FC
Bekas pemain pertahanan itu yakin Kelantan memiliki bakat muda yang mampu dibentuk menjadi pemain bernilai bagi pasukan kembali digeruni.
10 peratus daripada 1,900 premis di Selangor tidak patuhi piawaian FC
Selain tidak melaksanakan latihan kebakaran, premis berkenaan juga didapati tidak akur dari segi piawaian pengubahsuaian bangunan.
IMF semak naik unjuran KDNK Malaysia kepada 4.4 peratus bagi 2024
IMF menerusi Tinjauan Ekonomi Dunia terbaharunya juga menjangkakan pertumbuhan KDNK kekal pada 4.4 peratus dalam 2025.
Lelaki ditemui mati dengan 10 tetakan, seorang dicekup
Mangsa yang berbangsa Kayan, berusia 57 tahun, disyaki diserang menggunakan objek tajam.
Parti politik India perhebat dekati pengundi, bagi pusingan pertama pilihan raya kebangsaan
Modi berkata kerajaannya terus berusaha untuk pembangunan ekonomi wilayah timur laut itu.
Piala Asia B-23: Kesilapan individu hukum Harimau Muda berdepan Uzbekistan
Skuad negara ketinggalan di awal permainan berpunca kesilapan Muhamad Syahir Bashah yang menjatuhkan Ruslanbek Jiyanov dalam kotak penalti.
Pindah kerja atau kekal, gaji bukan sebab utama bagi pekerja Malaysia - Kaji selidik
Keinginan untuk mencari cabaran baharu sebagai sebab utama mengapa mereka memilih untuk berpindah tempat kerja di seluruh Asia.
Risiko konflik jejaskan jumlah kapal, pelayaran lebih lama pada separuh tahun pertama
Laluan Tanjung Harapan di Afrika menokok 4,000 batu kepada jarak pelayaran dan tambahan dua minggu masa transit.
Trafik internet Malaysia meningkat enam peratus pada suku pertama 2024 - Cloudflare
Malaysia catat peningkatan trafik internet keseluruhan sebanyak enam peratus pada suku pertama 2024 daripada suku keempat 2023.
Detik 100 hari ke Olimpik Paris, prospek negara masih samar
Genap 100 hari, atlet elit dari seluruh dunia dan ratusan ribu peminat sukan bakal berkumpul di Sungai Seine, Paris untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024.
Rahimah Stephens meninggal dunia akibat serangan jantung
Allahyarham meninggal dunia akibat serangan jantung ketika menunggu rawatan di hospital swasta awal pagi Isnin.