awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JAINJ rampas 11 alas kaki gambar Kaabah

Bernama
Bernama
13/04/2024
10:40 MYT
JAINJ rampas 11 alas kaki gambar Kaabah
Mohd Fared (foto) berkata pihak pengurusan pasar raya terbabit juga sudah dipanggil bagi memberi keterangan selain diberi amaran supaya lebih berhati-hati terhadap produk jualan supaya tidak menyentuh sensitiviti masyarakat. -Gambar fail/Bernama
BATU PAHAT: Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) merampas sebanyak 11 alas kaki tertera gambar Kaabah yang dijual di sebuah pasar raya di daerah ini, Selasa lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Mohd Fared Mohd Khalid berkata tindakan itu dilakukan susulan aduan orang awam.
Beliau berkata pihak pengurusan pasar raya terbabit juga sudah dipanggil bagi memberi keterangan selain diberi amaran supaya lebih berhati-hati terhadap produk jualan supaya tidak menyentuh sensitiviti masyarakat.
"Tindakan pemeriksaan dan pemantauan terhadap pasar raya itu dibuat sehari sebelum Aidilfitri (Selasa) setelah kita menerima aduan daripada orang awam serta tular di media sosial.
"Hasil pemeriksaan kita dapati ada 11 unit alas kaki gambar Kaabah di pasar raya itu dan sudah dirampas.
"Setakat ini, pemantauan masih berterusan di seluruh Johor," katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.
Jelas Mohd Fared, kenyataan berhubung perkara itu tidak dikeluarkan sebelum ini kerana menghormati sambutan Aidilfitri selain meredakan kerisauan awam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JAINJ
#alas kaki
#gambar Kaabah
#pasar raya Batu Pahat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan