awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JAIPk, MBI serbu pusat hiburan di Ipoh

Aida Aziz
Aida Aziz
26/08/2023
23:45 MYT
JAIPk, MBI serbu pusat hiburan di Ipoh
Seramai 14 orang yang beragama Islam ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan minum minuman memabukkan di sebuah pusat hiburan di Pekan Ipoh, Jumaat lalu.
IPOH: Seramai 14 orang yang beragama Islam ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan minum minuman memabukkan di sebuah pusat hiburan di Pekan Ipoh, di sini Jumaat lalu.
Jurucakap Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) berkata, kesemua mereka ditahan dalam satu serbuan dan pemeriksaan yang dilaksanakan oleh Bahagian Penguatkuasaan JAIPk dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).
Katanya lagi, serbuan yang dibuat pada jam 11.45 malam pada Jumaat itu membabitkan seramai 50 orang penguat kuasa dari kedua-dua agensi.
"Dalam serbuan tersebut, seramai 38 orang beragama Islam telah dibawa balik ke pejabat untuk ujian saringan alkohol.
"Seramai 14 orang kemudiannya ditahan kerana disyaki telah melakukan kesalahan meminum minuman memabukkan dan akan disiasat di bawah Seksyen 59 Enakmen Jenayah (Syariah) 1992.
"Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM3,000 atau pemenjaraan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Beliau turut menasihatkan umat Islam supaya menjauhi arak kerana hukumnya haram.
"Minum arak hukumnya adalah haram, walaupun terlepas daripada undang-undang dunia, tetapi pasti takkan terlepas di hadapan mahkamah Allah SWT nanti," katanya.
Topic Berkaitan
#JAIPk
#MBI
#serbu pusat hiburan
#ujian saringan alkohol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan