Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melarang sebarang kegiatan kepartian dilakukan di masjid dan suraunya sepanjang tempoh berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Pengarahnya Datuk Haris Kasim berkata larangan berkenaan bagi memastikan peranan masjid dan surau dalam menyatupadukan umat Islam menjadi zon aman dan bebas politik kepartian terjamin.
"Arahan berkenaan juga bagi memastikan masjid dan surau tidak dicemari anasir-anasir yang boleh memecahbelahkan masyarakat khususnya di negeri ini.
"Justeru itu JAIS, melalui Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) telah menubuhkan satu taskforce bagi memastikan arahan ini dipatuhi oleh semua anggota jawatankuasa masjid dan surau di Selangor," katanya
Katanya arahan berkenaan juga selaras dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 20 April lepas yang mengingatkan rakyat Selangor agar tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh mencetuskan kekacauan.
Beliau berkata mana-mana anggota jawatankuasa masjid dan surau yang tidak mematuhi arahan berkenaan dan membenarkan program politik diadakan akan dikenakan tindakan di bawah Peraturan-Peraturan Masjid dan Surau (Negeri Selangor) 2017, Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008 atau Pekeliling MAIS.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 02 2018
Masjid dan surau malah semua rumah ibadat agama lain perlu bebas daripada unsur politik. - Gambar fail
Pegawai kanan polis lindungi kegiatan haram tidak bergerak solo - SPRM
Pegawai kanan polis yang ditahan kerana menerima suapan bagi melindungi kegiatan haram di ibu negara baru-baru ini berkemungkinan besar tidak menjalankan aktiviti itu secara solo.
Sumbangan Ahmad Rejal tinggal kesan mendalam dalam dunia kewartawanan negara - Anwar
Anwar menyifatkan sumbangan Allahyarham Datuk Ahmad Rejal Arbee Mohamed Isa Arbee meninggalkan kesan mendalam dalam dunia akhbar dan kewartawanan di Malaysia.
Tiada ‘free lunch’ untuk penambahan tol
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata keputusan untuk tidak menambah tol menjelang sempena Hari Raya Aidilfitri adalah muktamad.
Kontrak pembinaan jajaran LRT dari KOMTAR ke Penang Sentral melalui tender terbuka
Jelas Menteri Pengangkutan Anthony Loke strategi itu bertujuan menjana hasil bukan tambang (non fare revenue) tambahan yang penting untuk dilaburkan balik dalam penyelenggaraan LRT Pulau Pinang pada masa hadapan.
PADU: Lebih 9 juta telah daftar
Pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) meningkat kepada 9.24 juta setakat Khamis.
Tiada layanan istimewa kepada Najib - Penjara
Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Datuk Nordin Muhammad menegaskan tiada sebarang layanan istimewa diberikan kepada mana-mana individu termasuk Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di penjara.
[TERKINI] SPRM percaya pegawai polis ditahan tidak bergerak solo
Pegawai kanan polis yang ditahan kerana menerima suapan bagi melindungi kegiatan haram di ibu negara mungkin tidak menjalankan aktiviti secara solo.
Agenda AWANI: Desak Israel patuh resolusi gencatan senjata UNSC
Sejauh mana boleh kita menjangkakan Israel akan patuh desakan untuk keamanan yang berkekalan di Gaza meskipun resolusi gencatan senjata UNSC sementara dalam tempoh dua minggu sahaja?
Diskusi 9 malam.
Diskusi 9 malam.
MRT Corp dilantik sebagai pemaju, pemilik Projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, nilai kontrak dan butiran terperinci tertakluk kepada proses rundingan antara MRT Corp dan SRS yang perlu dimuktamadkan dalam tempoh masa 6 bulan
Kematian pelajar KV Lahad Datu: Reman 13 remaja lelaki disambung
Mahkamah Majistret membenarkan tempoh tahanan reman 13 remaja lelaki bagi membantu siasatan kes kematian seorang pelajar lelaki kolej vokasional disambung hingga 4 April ini.
JAIS tidak pernah keluar arahan halang sekolah baca qunut nazilah
JAIS juga tidak menerima apa-apa arahan daripada Kementerian Pendidikan berkenaan larangan membaca qunut nazilah.
Isu Palestin: JAIS seru masjid, surau anjur solat hajat, Qunut Nazilah
Ia bagi mengharapkan bantuan Allah agar rakyat Palestin diberi kekuatan dan keyakinan untuk terus mempertahankan kedaulatan Baitulmuqaddis.
Proses pemutihan tahfiz bukti isu keselamatan tidak boleh dikompromi
Ibu bapa juga diingatkan tidak merisikokan nyawa anak-anak mereka dengan menyemak terlebih dahulu pusat tahfiz.
Wujudkan garis panduan jemputan pelajar tahfiz ke program luar - PITAS
PITAS bercadang bekerjasama dengan JAIS bagi mewujudkan garis panduan khusus untuk menguruskan jemputan pelajar tahfiz ke program luar.
Mahkamah benar rayuan JAIS, penahanan 'Rasul Melayu' sah
Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Azizah Nawawi, dalam keputusan sebulat suara membenarkan rayuan JAIS, mendapati Seksyen 23 Enakmen Tatacara Jenayah itu adalah tidak batal.
Dakwaan ceramah politik di masjid, Fahmi sedia beri kerjasama kepada JAIS
Beliau mendakwa dijemput ahli jawatankuasa masjid berkenaan untuk menjelaskan mengenai punca pengharaman kumpulan muzik The 1975 dan pembatalan konsert Good Vibes Festival.
PRN: JAIS siasat laporan Fahmi Fadzil berucap di masjid
JAIS mengesahkan menerima aduan berhubung gambar Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berucap di ruang solat utama Masjid Nurul Yaqin, Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang pada Ahad.
Masih ada pihak pentadbir ambil ringan, larangan berpolitik di masjid dan surau - JAIS
Perbuatan itu melanggar ketetapan MAIS bagi mengekalkan masjid dan surau sebagai zon bebas daripada sebarang pengaruh politik.
Garis panduan bantu lancarkan proses pendaftaran sekolah agama persendirian - Mohd Zawawi
Kerajaan Negeri Selangor akan mewujudkan satu garis panduan bagi melancarkan proses pendaftaran sekolah agama persendirian di negeri ini yang berdepan beberapa kekangan.
Sultan Selangor ingatkan lagi, masjid bukan medan politik
Menurut baginda, masjid dan surau tidak seharusnya menjadi punca perbalahan dan sengketa yang akan membina jurang pemisah atas dasar perbezaan fahaman politik dan dendam politik tidak berkesudahan.