awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
Trump bantah pengilhakan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki - White House
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JAIS sahkan 'ayam tebuk' tular tiada sijil halal

Bernama
Bernama
28/07/2023
15:05 MYT
JAIS sahkan 'ayam tebuk' tular tiada sijil halal
Pengesahan itu diperoleh selepas pihaknya melalui Seksyen Penguatkuasaan Halal bersama Majlis Perbandaran Kuala Langat melakukan pemeriksaan di premis terbabit semalam. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan bahawa 'ayam tebuk' yang tular di media sosial dan dijual di sebuah pasar raya di Bukit Changgang, Banting dekat sini tidak mempunyai sijil halal sah.
Pengarah JAIS Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata pengesahan itu diperoleh selepas pihaknya melalui Seksyen Penguatkuasaan Halal bersama Majlis Perbandaran Kuala Langat melakukan pemeriksaan di premis terbabit semalam.
Beliau berkata pemeriksaan mendapati premis itu telah melakukan penyalahgunaan logo Halal Malaysia kerana mempamerkannya tanpa memiliki Sijil Pengesahan Halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
"Siasatan dan tindakan lanjut dibuat mengikut Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011, sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya manakala hukuman bagi suatu pertubuhan perbadanan ialah denda tidak melebihi RM200,000," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Shahzihan turut menasihati orang awam agar sentiasa berhati-hati semasa membeli barangan keperluan harian dengan mengutamakan produk yang mendapat pensijilan halal dan sebarang keraguan mengenai status atau logo halal pada produk atau premis, mereka boleh membuat semakan terus melalui portal halal JAKIM di laman sesawang www.halal.gov.my.
"Sekiranya terdapat sebarang penyelewengan status dan penyalahgunaan logo, aduan juga bolen dibuat kepada Seksyen Penguatkuasaan Halal JAIS di talian 03-5514 3726/3760 atau talian hotline 011-5582 0212.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ayam tebuk
#Tular
#sijil halal
#tidak halal
#JAIS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan