Sebuah premis memproses muruku di Kajang diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) semalam selepas dikesan menggunakan logo halal tidak sah pada bungkusan produk makanan ringan berkenaan.
Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad berkata serbuan kira-kira pukul 11 pagi hasil aduan orang ramai itu dilakukan bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Cawangan Kajang dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Langat.
"Semakan menerusi sistem MYe-Halal Malaysia mendapati premis tersebut bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah dan logo halal digunakan pada bungkusan produk muruku itu juga tidak sah.
Hasil siasatan turut mendapati produk makanan ringan itu dijual secara meluas di pasar raya berhampiran premis berkenaan, kedai serbaneka 24 jam, kedai-kedai runcit di sekitar Hulu Langat, Cheras serta di platform e-dagang," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya, pemilik premis berkenaan didapati menggunakan label jenama nama wanita Islam sebagai strategi bagi mengelirukan umat Islam bahawa muruku itu adalah keluaran produk Muslim yang boleh dimakan tanpa was-was.
Justeru kata Mohd Shahzihan, JAIS merampas 138 kotak makanan ringan berkenaan dan 960 kotak bertanda logo halal tidak sah bernilai RM14,819.00.
"Rampasan dan siasatan dilakukan di bawah Perintah 4(1) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) Akta Perihal Dagangan 2011 dan jika disabit kesalahan, pemilik premis boleh didenda maksimum RM200,000," katanya.
Beliau berkata pemeriksaan lanjut mendapati pemilik premis menggajikan sembilan pekerja namun hanya dua sahaja rakyat tempatan manakala selebihnya merupakan pekerja asing dan disyaki tidak mempunyai dokumen atau permit kerja yang sah.
Mohd Shahzihan berkata pemeriksaan ke atas premis itu juga menunjukkan ia berada dalam keadaan sangat kotor terutamanya di kawasan pemprosesan makanan ringan berkenaan.
"PKD Hulu Langat juga mengambil tindakan terhadap premis itu mengikut Peraturan Kebersihan Makanan 2009 11(1)b kerana gagal menyediakan rekod latihan pengendali makanan dan Peraturan 7(1) ekoran tidak memperbaharui perakuan pendaftaran premis serta arahan penutupan premis dibawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983," katanya.
Sehubungan itu, beliau menasihati orang awam terutamanya umat Islam supaya sentiasa teliti terhadap logo halal yang dipamerkan serta memastikan logo digunakan adalah asli dan diiktiraf oleh JAIS atau Jakim.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 02 2020
Pemilik premis berkenaan didapati menggunakan label jenama nama wanita Islam sebagai strategi bagi mengelirukan umat Islam. - Gambar hiasan
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
Fahami matlamat lawatan PM ke Arab Saudi - Mohd Sany
Terdapat dua matlamat yang rakyat harapkan ketika pemimpin negara mengadakan lawatan ke luar negara iaitu pelaburan dan membina hubungan baik.
Paip pecah: 14 kawasan di Hulu Langat alami gangguan bekalan air
Kerja-kerja membaiki paip pecah berkenaan sedang dilaksanakan bermula jam 6.30 pagi tadi.
Banjir Hulu Langat: Trauma tahun lalu belum hilang, penduduk bimbang tragedi berulang
Kini penduduk sekitar daerah berkenaan diburu kebimbangan kemungkinan tragedi yang sama bakal berulang.
Rakan mangsa tembak di Hulu Langat direman - Polis
Tiga rakan kepada lelaki yang maut akibat terkena tembakan daripada selaras senapang patah di kebun durian berhampiran Sungai Gabai, Hulu Langat, semalam, direman selama lima hari.
Lelaki maut terkena tembakan senapang patah dibawa rakan
Seorang lelaki tempatan maut dipercayai terkena tembakan daripada selaras senapang patah yang dibawa rakannya di kebun durian berhampiran Sungai Gabai di Hulu Langat, pagi tadi.
Lebih 150 cerun di Selangor berisiko tinggi berlaku tanah runtuh
Kerajaan Negeri Selangor mengenal pasti lebih 150 cerun yang berisiko tinggi untuk berlaku tanah runtuh terutama sekitar Gombak, Ampang dan Hulu Langat.
Kerja pemulihan pasca banjir kawasan Hulu Langat hampir selesai
Kerja-kerja pemulihan jalan di sekitar Hulu Langat yang terjejas akibat bencana banjir besar yang melanda kawasan itu hujung tahun lepas hampir selesai.
Penyampai berita Astro AWANI bersiaran dari Hulu Langat, selami realiti mangsa banjir
Penyampai berita Astro AWANI meninggalkan seketika set di studio dan bersiaran secara langsung dari Taman Sri Nanding, Hulu Langat.
Banjir: Peniaga buntu, alami kerugian ratusan ribu ringgit
Lebih menyedihkan, ada segelintir mereka yang mengakui sudah menyerah kalah dan buntuh melihat keadaan premis yang seolah-olah dipukul tsunami
Banjir: Terpaksa cari kain kapan lebih satu jam - Setiausaha Surau Al-Talbiah
Semua kelengkapan untuk mengafankan jenazah di Surau Al-Talbiah rosak akibat dilanda banjir.