awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
Dakwaan dipukul polis, kertas siasatan dirujuk ke Pejabat Pendakwaan Selangor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JAKIM anjur program semarak budaya membaca, hayati al-Quran

Bernama
Bernama
29/07/2025
21:10 MYT
JAKIM anjur program semarak budaya membaca, hayati al-Quran
Sirajuddin berkata, kempen berkenaan bukanlah bertujuan meraih populariti tetapi seruan ikhlas agar masyarakat kembali menjadikan al-Quran sebagai teman hidup untuk dihayati maknanya. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menganjurkan program "Al-Quran Di Mana-Mana: Tilawah dan Tadabur" sebagai usaha bagi menyemarakkan budaya membaca dan menghayati al-Quran di luar majlis rasmi, sekali gus menjadikannya amalan harian umat Islam.
Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Sirajuddin Suhaimee berkata, kempen itu dilaksanakan bersempena Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Kali ke-65 yang dijadual berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur dari 2 hingga 9 Ogos ini.
"Kempen ini mengangkat pengisian tilawah dan tadabur al-Quran dengan membawa mesej mendalam bahawa membaca dan menghayati al-Quran bukanlah terhad kepada majlis rasmi semata-mata tetapi boleh menjadi amalan harian di mana jua (sama ada) di dalam pengangkutan awam, pejabat, taman rekreasi mahu pun di ruang awam sebagai sebahagian daripada gaya hidup masyarakat Islam," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita pada majlis pelepasan peserta program al-Quran Di Mana-Mana 2.0: Kuala Lumpur-Hatyai (Thailand) di stesen tren elektrik (ETS) KL Sentral, di sini, pada Selasa.
Sirajuddin berkata, kempen berkenaan bukanlah bertujuan meraih populariti tetapi seruan ikhlas agar masyarakat kembali menjadikan al-Quran sebagai teman hidup untuk dihayati maknanya.
Beliau berkata, segmen pertama kempen bermula pada 29 hingga 31 Julai menerusi kerjasama strategik bersama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dengan menggunakan perkhidmatan ETS dari KL Sentral ke Padang Besar, Perlis sebelum diteruskan menggunakan perkhidmatan State Railway of Thailand (SRT) hingga ke Hatyai.
Sepanjang perjalanan itu, peserta akan terlibat dalam sesi membaca dan bertadabur al-Quran, selain sesi ibrah di beberapa lokasi terpilih dan diteruskan di Pusat Islam, masjid, surau dan ruang komuniti di negara sempadan yang telah dikenal pasti dengan matlamat untuk membolehkan peserta menyelami mesej al-Quran secara lebih dekat, mendalam dan reflektif.
Beliau berkata, selain itu, pelbagai aktiviti sosial dan khidmat masyarakat turut dilaksanakan sepanjang pengembaraan berlangsung seperti agihan sumbangan kepada komuniti setempat termasuk waqaf al-Quran kepada institusi pendidikan, masjid, surau dan institusi tahfiz.
Sirajuddin berkata, menerusi segmen kedua pula, ia akan menampilkan inisiatif istimewa program Al-Quran Di Mana-Mana di Bukit Bintang pada 31 Julai, sekali gus membawa mesej bahawa al-Quran wajar diangkat sebagai panduan hidup yang dekat dengan masyarakat, tanpa mengira masa atau tempat.
Kempen melibatkan 100 peserta itu turut disokong pelbagai pihak antaranya Sekretariat Dakwah Korporat JAKIM, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), institusi pengajian, badan bukan kerajaan serta masjid dan surau di negara sempadan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JAKIM
#KTMB
#komuniti setempat
#panduan hidup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan