KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggiatkan usaha menjejaki lelaki dikenali di media sosial sebagai 'The Hood Man' (Abdullah) bagi membantu siasatan terhadap dakwaan loji penyembelihan Thomas Foods International (TFI) Lobethal, Australia, yang didakwa lelaki itu sebagai tidak mematuhi keperluan standard dan prosedur halal Malaysia.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata sehingga kini pihaknya belum dapat menghubungi lelaki berkenaan.
"Sekarang ini kami berusaha untuk bercakap dengan lelaki yang membuat pendedahan mengenai kes itu, dan kita mahu dia memberikan kerjasama yang baik.
"Setakat ini kami belum dapat menghubunginya, walaupun mengikut maklumat pegawai kami sudah dapat menghubunginya, dan dia beritahu akan hubungi semula, tetapi sampai hari ini usaha itu belum berjaya sedangkan usaha ini penting bagi mencari bukti serta menyelesaikan maslaah," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kongres Nasional "Islam, Keluarga Malaysia dan Keharmonian: Membina Agenda Kalis Cabaran Masa Depan" di Dewan Besar Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di sini hari ini.
Sebelum ini media mendedahkan pengakuan seorang bekas pekerja sebuah rumah penyembelihan di Australia yang mendakwa terdapat bukti rakaman video cara sembelihan haiwan yang dikatakan melanggar protokol sebenar.
Mengulas lanjut, Idris berkata pihaknya juga tidak berkompromi dengan isu berkenaan kerana perkara itu melibatkan soal halal dan haram.
"Kalau ikut fakta yang diberikan oleh pegawai kita di sana (Australia), kita bersedia, kalau ada maklumat seperti fakta dan data, malah kita tidak akan berkompromi dengan perkara ini,"katanya.
Menurutnya yang penting untuk pencarian itu Jakim memerlukan maklumat yang tepat, dan pihaknya mengakui mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) serta beberapa kelengkapan lain di pusat penyembelihan terbabit.
Sementara itu Idris berkata Jakim sudah menggantung operasi kira-kira 16 pusat loji sembelihan Thomas Foods International Lobethal, Australia, sehingga hasil siasatan yang menyeluruh diperolehi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 19 2022

Sehingga kini Jakim belum dapat menghubungi lelaki berkenaan. - Gambar fail/ Sinar Harian

Rancangan Selangor Pertama: Bukan mahu dabik dada, tunjuk hebat - Amirudin
Rancangan itu merupakan usaha kerajaan negeri untuk memastikan pembangunan direncana dengan lebih terperinci.

Jenayah | Suami isteri ditemukan mati dibunuh di rumah sendiri
Sepasang suami isteri ditemukan mati, dipercayai dibunuh ahli keluarga sendiri di kediaman mereka dekat Taman Bercham Aman, Ipoh, pagi tadi. Mayat kedua-dua mangsa yang berusia dalam lingkungan 40 tahun ditemukan di ruang tamu rumah berkenaan.

Aidiladha | Peniaga diingatkan tak ambil kesempatan naik harga
Peniaga diingatkan tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga ayam dan telur meskipun mendapat permintaan yang tinggi menjelang Aidiladha nanti. Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu, Saharuddin Mohd Kia berkata peniaga tidak mempunyai alasan untuk berbuat demikian selain perlu patuh kepada harga siling RM9.40 yang ditetapkan.

Rakyat Malaysia Kalwant Singh jalani hukuman gantung pagi ini
Peguamnya Too Xing Ji mengesahkan yang Kalwant telah menjalani hukuman.

Muslim Food Industries sasar jualan RM24 juta tahun ini
MFI yakin dapat mencapai sasaran berikutan jualan setakat suku kedua tahun ini telah mencapai sebanyak RM7.8 juta.

Suami isteri ditemui mati, dipercayai dibunuh ahli keluarga
Mayat kedua-dua mangsa yang berusia dalam lingkungan 40 tahun itu ditemui di ruang tamu rumah berkenaan.

Alasan kenaikan OPR untuk kurangkan kadar inflasi sukar diterima - Asyraf Wajdi
Peningkatan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak beberapa mata asas, walaupun kelihatan kecil, impaknya kepada rakyat adalah amat besar, tegas Ketua Pemuda UMNO Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.

Keputusan permohonan pindaan perlembagaan UMNO diketahui selewat-lewatnya 16 Julai - ROS
Pindaan perlembagaan UMNO ialah bagi memberi ruang kepada ahli memfokus kepada gerak kerja pilihan raya.

Seorang maut, empat parah nahas tiga kenderaan
Kesemua mangsa parah dihantar ke PPUKM dan HKL manakala mayat mangsa maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Vanidah Imran kini bergelar isteri kepada jurutera
Vanidah disatukan dengan Arifabillah Idris, duda anak empat dalam majlis sederhana yang berlangsung hari ini.

Jakim giat jejak 'The Hood Man' isu penyembelihan di Australia
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata sehingga kini pihaknya belum dapat menghubungi lelaki berkenaan.