NATIONAL
JAKIM kerjasama dengan pihak berkuasa pastikan kes hina Islam ke muka pengadilan

Mohd Na'im berkata perbuatan segelintir pihak yang tidak menghormati sensitiviti agama di negara ini hingga mencetuskan kegelisahan awam adalah amat dikesali. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) terus bekerjasama dengan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), majlis agama Islam dan jabatan agama Islam negeri-negeri dalam memastikan kes penghinaan Islam dibawa ke muka pengadilan.
Ringkasan AI
- JAKIM bekerjasama dengan PDRM, MCMC, majlis agama Islam, dan jabatan agama Islam negeri untuk memastikan kes penghinaan Islam dibawa ke muka pengadilan.
- Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) menegaskan bahawa mana-mana pihak yang menghina Islam akan disiasat dan didakwa mengikut undang-undang yang berkuat kuasa, tanpa pilih kasih.
- Agensi-agensi di bawah Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) komited memelihara kesucian agama Islam dan keharmonian masyarakat, serta menyeru semua pihak menghormati undang-undang dan proses siasatan demi kepentingan negara.
"Agensi-agensi di bawah seliaan Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) menyokong penuh penegasan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan bahawa kerajaan akan mengambil tindakan kepada sesiapa sahaja terlibat dengan perbuatan menghina agama tanpa pilih kasih selaras dengan peruntukan undang-undang negara," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata agensi-agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sentiasa konsisten memelihara kesucian agama Islam serta menjaga keharmonian dalam konteks kemajmukan masyarakat selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.
Mohd Na'im berkata perbuatan segelintir pihak yang tidak menghormati sensitiviti agama di negara ini hingga mencetuskan kegelisahan awam adalah amat dikesali.
Justeru,beliau menyeru semua pihak untuk menghormati undang-undang serta proses siasatan yang sedang dilakukan oleh pihak berkuasa demi kepentingan negara.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami