awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jakim siasat pegawai didakwa hentam kerajaan

Sinar Harian
Sinar Harian
06/01/2023
07:08 MYT
Jakim siasat pegawai didakwa hentam kerajaan
Menerusi klip video yang berdurasi satu minit itu, pegawai berkenaan dilihat mengeluarkan kenyataan yang didakwa menyindir kerajaan semasa ceramah tersebut.
SHAH ALAM: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah memanggil pegawainya untuk siasatan lanjut susulan penularan sebuah klip video ceramah yang berbaur kebencian.
Jakim dalam ciapan di Twitter rasminya memaklumkan, jabatan itu tidak akan berkompromi dengan sebarang perlakuan yang menyalahi tatatertib.
“Pihak pengurusan tertinggi sedar akan video tular ceramah yang disampaikan oleh seorang pegawai Jakim yang mengundang kemarahan netizen.
“Jakim telah memanggil pegawai tersebut untuk siasatan lanjut bagi memulakan prosiding tatatertib dan tidak akan berkompromi dengan sebarang perlakuan yang mencemarkan nama baik perkhidmatan awam,” kata Jakim pada Jumaat.
Menerusi klip video yang berdurasi satu minit itu, pegawai berkenaan dilihat mengeluarkan kenyataan yang didakwa menyindir kerajaan semasa ceramah tersebut.
Ia kemudiannya tular di media sosial dan mendapat perhatian ramai daripada netizen. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#JAKIM
#ceramah
#berbaur kebencian
#video tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan