JAKIM terus kerjasama dengan ulama antarabangsa perhebat usaha dakwah - Zulkifli

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan (kanan) ketika ditemui media selepas menerima kunjungan daripada Pendakwah Nusantara, Ustaz Prof Dr Abdul Somad Batubara (kiri) pada Ziarah Mahabbah. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan terus bekerjasama dengan para ulama dari luar negara bagi memperhebat kerja-kerja dakwah dan memperkukuh pembentukan fikrah masyarakat Islam di Malaysia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Zulkifli Hasan.
Ringkasan AI
- JAKIM akan terus bekerjasama dengan ulama luar negara untuk memperkukuh fikrah masyarakat Islam di Malaysia serta menyusun gerak kerja dakwah yang lebih berkesan.
- Kerjasama ini penting bagi membina masyarakat berakhlak, beradab, dinamik, progresif, dan berteraskan nilai Islam yang maju dan bertamadun.
- Tujuan pertemuan dengan ulama adalah untuk membentuk fikrah masyarakat yang sederhana, ihsani, dan berteraskan nilai kemanusiaan agar Islam difahami sebagai agama penuh rahmat.
Beliau berkata JAKIM melihat pelbagai ruang kerjasama yang boleh dilaksanakan termasuk dalam bidang pendidikan, pembinaan adab dan akhlak serta pembentukan fikrah masyarakat yang seimbang dan sederhana.
"Masyarakat hari ini memerlukan pembentukan fikrah yang wasatiyyah (sederhana), ihsani dan berteraskan nilai kemanusiaan serta kasih sayang agar Islam terus difahami sebagai agama yang membawa rahmat kepada seluruh alam," katanya.
Zulkifli ketika mengulas mengenai pertemuan dengan kedua-dua tokoh ulama itu berkata perbincangan menjurus kepada usaha untuk membentuk fikrah masyarakat serta mewujudkan atau membina masyarakat yang bukan sahaja berakhlak dan beradab tetapi juga mempunyai fikrah yang dinamik dan progresif.
"Jadi, perbincangan-perbincangan kami dengan ulama ini adalah untuk menjadi pemangkin supaya kami dapat menyusun atur gerak kerja yang lebih baik dalam memperkasakan lagi agenda dakwah dalam masyarakat," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


