awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JAKOA peruntuk RM1 juta bina tabika untuk masyarakat Orang Asli di Kuala Betis

Bernama
Bernama
04/08/2025
20:30 MYT
JAKOA peruntuk RM1 juta bina tabika untuk masyarakat Orang Asli di Kuala Betis
Sapiah berkata, tabika itu amat diperlukan kerana sebelum ini, sesi pembelajaran terpaksa dijalankan di sebuah surau di Kampung Rod. - Gambar fail/Bernama
GUA MUSANG: Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) memperuntukkan kira-kira RM1 juta bagi pembinaan taman bimbingan kanak-kanak (tabika) baharu di Kampung Orang Asli Teranek, Kuala Betis, di sini, bagi meningkatkan kemudahan pendidikan awal dalam kalangan masyarakat Orang Asli.
Ketua Pengarah JAKOA, Datuk Sapiah Mohd Nor berkata, tabika itu amat diperlukan kerana sebelum ini, sesi pembelajaran terpaksa dijalankan di sebuah surau di Kampung Rod.
"Kita akan pindahkan tabika yang kini beroperasi di surau ke bangunan baharu ini selepas selesai pemeriksaan kecacatan bangunan dan pemasangan kelengkapan.
"Premis berkenaan dijangka boleh digunakan dalam tempoh dua hingga tiga bulan selepas semua urusan teknikal diselesaikan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Prapenyerahan Projek Pembinaan Tabika KOA Teranek pada Isnin.
Beliau berkata, ketika ini, murid terpaksa berkongsi ruang di surau yang turut digunakan oleh jemaah untuk bersolat dan ini menyebabkan ketidakselesaan serta mengganggu tumpuan pembelajaran mereka.
Sapiah turut memaklumkan, projek itu adalah hasil kerjasama antara JAKOA dan Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Kelantan yang dilaksanakan kontraktor dilantik oleh Jabatan Kerja Raya.
"Beberapa lagi projek pembinaan tabika akan dilaksanakan di penempatan Orang Asli lain, bergantung kepada keperluan di negeri-negeri seperti Perak, Pahang, Kelantan dan Johor," katanya.
Beliau berkata, JAKOA sentiasa memberi perhatian terhadap keperluan infrastruktur dan kebajikan masyarakat Orang Asli termasuk melalui permohonan peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13.
"Kita kini dalam fasa Rolling Plan Ketiga (RP3) selepas RP1 dan RP2. Antara yang dibincangkan ialah pembinaan jambatan, bangunan serta projek perladangan bagi meningkatkan sosioekonomi masyarakat Orang Asli," katanya.
Sapiah juga berharap Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah akan terus memberi perhatian dan meluluskan projek yang telah dikemukakan untuk manfaat jangka panjang komuniti Orang Asli di seluruh negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JAKOA
#Orang Asli
#RMK-13
#memberi perhatian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan