awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jalan Kuantan-Segamat Seksyen 102 ditutup bermula Isnin depan

Bernama
Bernama
22/04/2024
20:20 MYT
Jalan Kuantan-Segamat Seksyen 102 ditutup bermula Isnin depan
Jalan tersebut akan ditutup mulai 12 tengah malam Isnin depan hingga 6 Mei bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyenggaraan jambatan Bailey. - Gambar fail/BERNAMA
KUANTAN: Jalan Persekutuan (FT) 12 Jalan Kuantan-Segamat di Seksyen 102 (Kilometer 63 berhampiran kawasan burung unta) akan ditutup mulai 12 tengah malam Isnin depan hingga 6 Mei bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyenggaraan jambatan Bailey.
Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan sepanjang tempoh itu pengguna boleh menggunakan laluan alternatif yang dicadangkan dari kedua-dua arah iaitu Kuantan/Gambang ke Muadzam melalui Laluan FT 03 (Kuantan-Endau melalui bandar Pekan) dan Laluan FT 63 (Leban Condong-Muadzam Shah).
"Semua pengguna dinasihatkan untuk merancang perjalanan dengan lebih awal dan mematuhi arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa. Segala kesulitan amatlah dikesali," menurut kenyataan itu.
Sebelum ini, tular satu video menerusi media sosial memaparkan jambatan Bailey mendap serta berlaku kesesakan lalu lintas di laluan terbabit sewaktu musim perayaan Aidilfitri.
Media melaporkan peningkatan jumlah kenderaan berat terutama melebihi had muatan 20 tan dikenal pasti sebagai punca kerosakan jambatan berkenaan dan hasil pemantauan di tapak mendapati plat keluli yang menyambungkan ramp atau tanjakan ke jalan tuju telah rosak.
Jambatan yang bertujuan menghubungkan jalan terputus akibat banjir itu dibuka kepada kenderaan ringan tidak melebihi had muatan 20 tan pada 27 Jan lepas. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Kerja Raya
#Jalan Kuantan-Segamat
#Seksyen 102
#ditutup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan