awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak perempuan Kim Jong Un lakukan kunjungan pertama ke makam keluarga
AirBorneo lancar penerbangan pertama, catat era baharu dalam kesalinghubungan Sarawak
64 kampung di Terengganu dikhuatiri terjejas susulan fenomena air pasang tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jalan masuk R&R Seremban arah utara ditutup mulai Sabtu ini

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
30/07/2021
09:31 MYT
Jalan masuk R&R Seremban arah utara ditutup mulai Sabtu ini
PLUS menasihatkan pengguna lebuh raya untuk berkunjung ke Hentian Sebelah Senawang atau Hentian Sebelah Nilai. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebahagian jalan susur dan ruang meletak kenderaan di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban arah utara di KM272.2 di Lebuh Raya Utara-Selatan akan ditutup untuk penyelenggaraan bermula tengah malam ini.
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, penutupan itu akan bermula pada jam 12.01 tengah malam 31 Julai sehingga jam 2 petang 3 Ogos.
Ujar PLUS, penyelenggaraan itu dilakukan bagi meningkatkan keselesaan pengguna.
"Sehubungan itu, bagi melancarkan kerja-kerja penyelenggaraan tersebut, laluan dan ruang meletak kenderaan alternatif untuk kenderaan berat dibuka bagi membolehkan pelanggan lebuh raya menggunakan kemudahan awam di R&R tersebut supaya keselesaan mereka tetap menjadi keutamaan sepanjang tempoh tersebut," kata PLUS.
Oleh yang demikian, PLUS menasihatkan pengguna lebuh raya untuk berkunjung ke Hentian Sebelah Senawang (arah utara) di KM248 atau Hentian Sebelah Nilai (arah utara) di KM287.2 sekiranya perlu mendapatkan kemudahan lain sepanjang perjalanan.
Topic Berkaitan
#PLUS
#R&R Seremban
#Lebuhraya Utara-Selatan
#ditutup
#penyelenggaraan
#hentian nilai
#hentian senawang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan