Kerajaan akan berbincang untuk mewujudkan program khas membolehkan penunggang motosikal tegar atau 'mat motor' berlumba secara sah di jalan raya sekitar ibu kota.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, ia sebagai usaha mendekati kumpulan tersebut dan mengelakkan mereka terus terjebak dalam gejala lumba haram dan masalah sosial berkaitan kegiatan tersebut.
"Mungkin kita boleh ambil sehari atau dua hari dalam seminggu dan kita buat macam program KL Bebas Kereta, tetapi ini untuk motosikal sahaja di mana mereka boleh berlumba pada waktu siang atau malam.
"Kita akan tutup jalan-jalan terpilih di sekitar Kuala Lumpur untuk dijadikan litar mereka berlumba sementara pihak berkuasa akan kawal dan siapkan ciri-ciri keselamatan seperti penghadang dan sebagainya," katanya selepas merasmikan pembukaan jalan dan jambatan menghubungkan Kampung Batu Muda dengan Taman Metropolitan Batu, Kuala Lumpur.
Program KL Bebas Kereta dianjurkan setiap Ahad minggu pertama dan ketiga yang mana orang ramai digalakkan menggunakan kenderaan tidak bermotor seperti basikal dan berekreasi bersama rakan dan keluarga mengelilingi ibu kota.
Pada masa sama jelas Tengku Adnan, program tersebut akan dianjurkan seperti sebuah karnival dengan trak makanan serta pelbagai aktiviti sampingan lain dalam mewujudkan platform aktiviti sihat untuk anak muda.
"Kerajaan faham bahawa ini mungkin satu-satunya hiburan untuk mereka kerana kebiasaan 'mat motor' ini kalau yang bekerja sebagai kakitangan kerajaan jawatannya hanya pembantu rendah awam manakala yang bekerja di sektor swasta, paling tinggi pun kerani.
"Jadi mungkin mereka menghadapi kekangan kewangan untuk medium hiburan lain," katanya.
Tengku Adnan juga melihat program ini berpotensi mencungkil bakat dan kebolehan anak muda dalam bidang permotoran.
"Mungkin kita boleh anjurkan program untuk mereka membuka dan memasang semula bahagian enjin dan badan motosikal atau mengubah suainya. Kita boleh beri bahagian dan alat ganti yang baharu untuk mereka olah motosikal mereka.
"Daripada situ juga mereka boleh latih kemahiran jadi mekanik, seterusnya buka bengkel dan naikkan taraf hidup mereka," jelasnya.
Elak gejala tidak sihat
Jelas Tengku Adnan, dengan wujudnya platform seperti ini, anak muda khususnya 'mat motor' tidak akan terlibat lagi dengan gejala lumba haram yang melibatkan perjudian dan bermacam gejala tidak sihat yang lain, pada masa sama mewujudkan suasana tidak senang dalam kalangan penduduk berhampiran.
Untuk tujuan itu, beliau memaklumkan bahawa pihaknya sedang berbincang dengan rakan-rakan di dalam UMNO, Barisan Nasional (BN) serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Ditanya mengapa tidak diwujudkan litar khas untuk mereka berlumba tanpa menganggu penggunaan jalan raya oleh orang ramai, Tengku Adnan menyatakan bahawa terdapat usaha sebelum ini tetapi gagal.
"Dulu masa saya jadi Ketua Pemuda UMNO Negeri dulu saya sudah minta mereka buat aktiviti mereka di litar Batu Tiga, Shah Alam. Bagaimanapun mereka lebih suka berlumba di jalanan. Jadi tak mengapa, kita guna pendekatan lain.
"Kita bukan nak menggalakkan (aktiviti lumba), tetapi kita melihat apa yang rakyat suka dan cuba merealisasikan kehendak mereka.
"Sepertimana yang dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu mendengar nadi rakyat, jadi inilah nadi rakyatnya," ujar Tengku Adnan.
Israr Khalid
Mon Feb 22 2016
TENGKU ADNAN: Mungkin kita boleh ambil sehari atau dua hari dalam seminggu dan kita buat macam program KL Bebas Kereta, tetapi ini untuk motosikal sahaja di mana mereka boleh berlumba pada waktu siang atau malam.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Pasaran: FBM KLCI naik 14% sejak awal tahun ini
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkata beberapa pengumuman serta kemas kini projek semasa telah memberi kecenderungan positif kepada pasaran ketika ini.
Pesawat ringan lakukan pendaratan cemas di LTSAAS
Insiden melibatkan pesawat ringan jenis Diamond DA-42 dengan nombor pendaftaran N566CB dikendalikan Techstrait Ltd.
Ibu hamil 7 bulan, suami dan anak selamat kereta jatuh gaung
Kereta dipandu Nur Raihan hilang kawalan semasa menuruni bukit sehingga terbabas dan jatuh gaung sedalam 10 meter.
[TERKINI] Pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Subang
Sebuah pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pada pagi Jumaat.
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan kepada Women of Will (WOW) dan Persatuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
[UNDIAN] Anda setuju dengan cadangan litar tertutup untuk pelumba motosikal?
Kongsi pendapat anda dengan cadangan untuk penutup jalan raya agar penunggang motosikal tegar atau mat motor boleh berlumba secara sah di jalan raya.
Tutup jalan untuk mat motor: Perhalusi segenap aspek sebelum dilaksana - Lee Lam Thye
Pengerusi MIROS, Tan Sri Lee Lam Thye berpendapat, antara yang perlu diberi perhatian khusus adalah aspek keselamatan.
Jalan raya akan 'ditutup' untuk program lumba 'halal' mat motor - Tengku Adnan
Kerajaan akan berbincang untuk mewujudkan program khas membolehkan penunggang motosikal tegar atau 'mat motor' berlumba secara sah di jalan raya sekitar ibu kota.