Kerajaan mengisytiharkan Jalur Gemilang dikibarkan separuh tiang di seluruh negara sebagai tanda berkabung berikutan kemangkatan Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bendera Malaysia itu dikibarkan separuh tiang selama dua hari bermula dari hari pemakaman jenazah Almarhum Sultan Abdul Halim esok dan Rabu.
"Kerajaan ambil keputusan untuk mengisytiharkan dua hari bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang bermula Selasa (esok) dan Rabu," katanya kepada wartawan Malaysia di sini.
Perdana Menteri berada di Washington untuk lawatan kerja tiga hari termasuk mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat Donald J. Trump di White House pada 12 Sept.
Sultan Abdul Halim, 89, mangkat di Istana Anak Bukit, Alor Setar pada 2.30 petang tadi (waktu Malaysia).
Najib berkata beliau dimaklumkan mengenai kemangkatan Sultan Abdul Halim ketika dalam penerbangan ke Washington.
"Saya menerima berita kemangkatan Almarhum Tuanku dengan penuh rasa sedih dan dukacita,Almarhum Tuanku mempunyai hubungan yang begitu akrab dengan saya lagi mesra ketika AlmarhumTuanku menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-14," kata beliau.
Almarhum Sultan Kedah pernah ditabalkan sebagai Yang di-Petuan Agong sebanyak dua kali iaitu bagi tempoh 21 Sept 1970 hingga 20 Sept 1975 dan dari 13 Dis 2011 hingga 12 Dis 2016.
Najib berkata beliau terkenang titah Almarhum yang berkali-kali menyebut berkenaan pelantikan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali.
Pelantikan kali pertama baginda adalah semasa kepimpinan Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein dan pelantikan kali kedua ketika kepimpinan Najib yang juga anakanda Tun Razak.
"Mengikut Almarhum, tak mungkin perkara ini berulang lagi dalam sejarah Malaysia walaupun kitasemua tahu bahawa segala-galanya adalah ketentuan illahi," kata perdana menteri.
Perkara kedua yang sering dititahkan Almarhum Sultan Abdul Halim adalah berkaitan era kepimpinan Najib dan Tun Razak.
"Yang kedua (yang sering dititahkan adalah) era Almarhum menjadi yang di-Pertuan Agong kali pertama kita menyaksikan proses pemulihan demokrasi Malaysia selepas peristiwa hitam tragedi 13 Mei (1969) dan bagaimana ekonomi negara kita dibangunkan melalui Dasar Ekonomi Baru.
"Dan dalam penggal kedua (sebagai Yang di-Pertuan Agong) pula, Almarhum dapat menyaksikan ciri-ciri negara Malaysia yang moden dan dinamik dan progresif. Sebab itulah, peranan Almarhum sebagai Yang di-Pertuan Agong akan terakam dalam sejarah Malaysia dalam tempoh pemerintahan yang teristimewa dan sudah tentu dikenang sampai bila-bila.
"Saya berdoa semoga Allah SWT akan mencucuri rahmat-Nya ke atas roh Almarhum dan ditempatkan bersama sama para syuahda, Insya-Allah," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 11 2017
PM NAJIB: Kerajaan ambil keputusan untuk mengisytiharkan dua hari bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang bermula Selasa (esok) dan Rabu.
TNB perkenal sistem FARA bagi mengurus risiko banjir
TNB perkenal sistem FARA untuk urus risiko banjir, pastikan keselamatan aset dan pengguna.
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Penduduk PKPD di Medan Klebang Restu bersemangat kibar Jalur Gemilang
Berada dalam kawasan PKPD sejak 26 Julai lepas tidak menjadi penghalang buat penduduk Medan Klebang Restu, Chemor pamer semangat patriotik.
Hukuman berat perlu terhadap pelaku hina bendera, Jata Negara - Zahidi
Ambil contoh negara jiran Thailand yang mengenakan hukuman berat terhadap mereka yang menghina negara termasuk raja.
Orang Asli bangga jahit 100 helai selempang Jalur Gemilang
Projek menjahit selempang itu hasil perbincangan pihak MB Inc sebelum ini dengan penduduk kampung.
Jalur Gemilang dikibar separuh tiang pada Selasa dan Rabu - PM Najib
Kerajaan ambil keputusan untuk mengisytiharkan dua hari bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang bermula Selasa (esok) dan Rabu.