KUALA LUMPUR: Penyanyi, Datuk Jamal Abdillah bersama 29 penyanyi dan pemuzik tanah air, berjaya dalam permohonan di Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis, untuk memulakan tindakan saman terhadap Performers Rights and Interest Society of Malaysia Berhad (PRISM) bagi menuntut pembayaran royalti, sejak 2017.
Selain Jamal, atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali, penggiat seni yang menuntut hak berkenaan ialah Datuk DJ Dave (Irwan Shah Abdullah), Datuk J Sham (Shamsuddin Jaafar), S Atan, Aris Ariwatan (Haris Fadzilah Daud), Ibnor Riza, Azharina Azhar, Ezlynn dan Julian Blues Gang.
Hakim, Ahmad Murad Abd Aziz membenarkan permohonan penggiat seni terbabit selaku pemohon, untuk memfailkan tindakan undang-undang terhadap syarikat tersebut mengikut Seksyen 471 Akta Syarikat 2016.
Sementara itu, peguam, Datuk Kamaruzaman Arif yang mewakili kesemua pemohon berkata, keputusan itu menjadi penanda aras buat penggiat seni lain bagi kes-kes seumpama itu di masa depan.
Susulan keputusan mahkamah, tindakan undang-undang terhadap syarikat ini akan dilakukan secepat mungkin, bagi mengetahui pengiraan royalti kerana ia membabitkan wang amanah.
"Kita tahu wang royalti ini telah dikutip pada 2017 dan 2018, namun bagi tahun seterusnya tiada maklumat sama ada wang tersebut telah dikutip atau tidak.
Pegawai penerima dan pelikuidasi yang juga peguam kanan persekutuan dari Jabatan Insolvensi Kuala Lumpur, Rahni Kartini Abd Rahim dan Norizan Omar turut hadir pada prosiding berkenaan.
Pada 30 November 2018, seramai 30 penggiat seni memohon untuk memfailkan tindakan undang-undang terhadap PRISM sebagai responden dengan mengambil kira Perintah Penggulungan yang dikeluarkan terhadap syarikat itu.
Pada 13 September 2022, seramai 30 penggiat seni memfailkan notis usul beserta affdavit sokongan bagi mendapatkan kebenaran Mahkamah Tinggi di sini untuk memfailkan saman menuntut pembayaran royalti daripada PRIMS selaku badan berlesan yang mengutip royalti antara 2017 hingga 2021.
Melalui afidavit sokongan yang diikrarkan Jamal yang juga pelantun lagu 'Kekasih Awal dan Akhir’ menyatakan, berdasarkan carian Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), perniagaan PRISM (sebelum digulungkan) bertindak untuk ahlinya.
Ia adalah mengikut Memorandum Persatuan yang meliputi artis, pemuzik atau individu yang berhak terhadap hak di dalam mana-mana rakaman bunyi.
Jamal berkata, PRISM diisytiharkan sebagai suatu badan pelesenan di bawah Seksyen 27A Akta Hakcipta 1987 untuk menjalankan aktiviti kutipan dan pengagihan royalti muzik bagi pihak ahlinya.
Katanya, PRISM gagal, ingkar dan cuai untuk mengutip serta membuat pengagihan jumlah kutipan yang layak diterima bagi tempoh lima tahun tersebut.
“Kesemua usaha kami kepada pelbagai pihak menemui jalan buntu, maka usaha akhir ialah mendapatkan kebenaran daripada mahkamah untuk memohon relief yang sepatutnya diterima daripada PRISM.
“Kami berhak untuk mengesan bayaran royalti yang tertunggak daripada jumlah yang dilaporkan oleh media dan mendapat kembali bayaran yang sama daripada syarikat itu.
“Sehingga kini, pemohon masih belum menerima apa-apa bayaran daripada jumlah kutipan royalti yang layak diterima,” katanya.
Sementara itu, Jamal yang menyanyikan lagu ‘Azura’ bersyukur dengan keputusan itu dan berharap agar golongan artis tidak tertindas pada masa depan.
Berkongsi pendapat sama, penyanyi lagu 'Lamunanku Terhenti, Aris Ariwatan berkata, ia titik permulaan untuk penggiat seni tanah air untuk berjuang mempertahankan hak masing-masing. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jun 01 2023
Hakim membenarkan permohonan penggiat seni terbabit selaku pemohon, untuk memfailkan tindakan undang-undang terhadap syarikat tersebut mengikut Seksyen 471 Akta Syarikat 2016. - Foto Sinar Harian
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Malaysia tidak lupa pengorbanan wira perang Australia dan New Zealand di Sandakan
Katanya, kenangan mengenai tawanan perang yang menderita ketika kejadian kawad maut yang terkenal itu terukir di Taman Peringatan Sandakan.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Teguran Perdana Menteri: Anak Jamal Abdillah, Zaki Yamani terkena tempias
ZAKI Yamani lain yang muat naik status, Zaki Yamani lain pula yang kena tempias. Begitulah yang dilalui oleh penyanyi, Zaki Yamani yang juga anak kepada penghibur tersohor, Datuk Jamal Abdillah.
Jamal Abdillah, Dayang Nurfaizah bergabung dalam konsert amal Alunan Irama
Jamal bersyukur kerana bakat yang dimilikinya mampu membantu golongan memerlukan menerusi konsert tersebut.
Keluarga dan sahabat ziarah SM Salim
Keluarganya turut mengadakan majlis bacaan surah Yasin yang dihadiri kira-kira 60 orang bagi mendoakan kesejahteran seniman itu.