Pemilik Restoran Gabungan NGO 1Malaysia (RGN1M), Datuk Seri Jamal Md Yunos merayu agar tarikh penutupan restoran tersebut dianjakkan pada masa yang lebih sesuai.
Menurut Jamal, permohonan itu dibuat bagi memberi sedikit tempoh untuk urusan pemindahan barang ditambah pekerja sudah mula bercuti Jumaat ini sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri.
“Berkenaan arahan penutupan serta-merta Restoran Gabungan NGO 1 Malaysia (RGN1M) Jalan Pahang sebelum 18 Jun 2018.
“Saya meminta jasa baik pihak Pentadbir Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk memberi penangguhan sehingga waktu yang lebih sesuai,” katanya dalam satu kenyataan di laman media sosialnya di Facebook, hari ini.
Tambah Jamal, para pekerja di restoran itu telah mula bercuti dan sukar untuknya membuat kerja-kerja pemunggahan.
“Penangguhan tersebut atas dasar memberi ruang dan masa untuk pihak kami melakukan proses mencari lokasi baharu serta proses pemindahan barang di RGN1M Jalan Pahang,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu, Jamal turut menjelaskan tujuan penubuhan restoran itu bagi menyediakan makanan tengah hari percuma kepada warga kota dan menafikan sebarang keuntungan diambil daripada aktiviti kebajikan itu.
BACA: Peguam Jamal akan jumpa Pejabat Pengarah Tanah dan Galian
Terdahulu, Peguam kepada Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Mohd Imran Tamrin bakal mengadakan pertemuan dengan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan berkaitan notis penutupan tersebut.
Atiqah Ismail
Wed Jun 13 2018
JAMAL berkata, permohonan itu dibuat bagi memberi sedikit tempoh untuk urusan pemindahan barang ditambah pekerja sudah mula bercuti Jumaat ini sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri. - Foto Restoran Gabungan Ngo 1Malaysia -GN1M
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
PH perlu segera mansuh AUKU 1971 - Wakil pelajar
Pakatan Harapan (PH) diminta segera memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971.
Bayi cukup sifat dipercayai dihumban masih bernyawa, kritikal
Seorang bayi cukup sifat ditemui dihumban dari sebuah unit rumah kedai di tingkat dua dalam kejadian berhampiran Hentian Kajang di sini semalam.
'Untuk UMNO bangkit, idealisme perjuangan anak muda perlu diperkasa' - Asyraf Wajdi
Ahli Majlis Tertinggi (AMT) UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berpendirian untuk UMNO bangkit, idealisme serta semangat perjuangan anak muda perlu diperkasa.
Jamal Yunos rayu tangguh tutup restorannya
Pemilik Restoran Gabungan NGO 1 Malaysia (RGN1M), Datuk Seri Jamal Md Yunos merayu agar tarikh penutupan restoran tersebut dianjakkan pada masa yang lebih sesuai.
Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan letak jawatan
Ketua Hakim Negara, Tun Raus Sharif serta Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad meletakkan kedua-dua jawatan mereka selepas diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 8 Jun lalu.
Projek kereta nasional baharu idea terkebelakang - Khairy Jamaluddin
Susulan cadangan kerajaan bagi mencipta jenama kereta nasional baharu, dilihat sebagai satu idea tidak relevan pada masa kini oleh ahli parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.
Kerajaan UK setuju bantu siasatan 1MDB, hantar semula aset dirampas - Anwar
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Luar Britain, Boris Johnson bagi merunding kerjasama dua hala antara Malaysia dan UK.
BN Sarawak: Sebarang keputusan harus ambil kira faktor pengundi - Nik Nazmi
Ketua Pemuda PH, Nik Nazmi Nik Ahmad berpendapat sebarang keputusan yang dilakukan oleh BN Sarawak, harus mengambil kira pengundi yang setia serta memilih mereka pada PRU lepas.
"Kami mengharapkan BN Sarawak kekal, susah senang bersama" - Shahril Hamdan
Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Shahril Hamdan berharap BN Sarawak kekal bersama BN namun menyerahkan hak menentukan hala tuju parti komponen tersebut kepada mereka.
Lee Min Ho dan Bae Suzy kembali bercinta?
Baru-baru ini, timbul satu khabar angin mengatakan pelakon Korea, Lee Min Ho dan penyanyi, Bae Suzy kembali bercinta.