BAGAN DATUK: Projek pembinaan laluan Jambatan Bagan Datuk-Sejagop yang menghubungkan pekan Bagan Datuk ke Kampung Sejagop di daerah Perak Tengah yang tertangguh kira-kira dua tahun, dijangka siap menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan sepanjang 10.5 kilometer dan jambatan 1.5 kilometer itu, yang merupakan projek ikonik di Perak, pada 20 April.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, projek itu akan memendekkan perjalanan penduduk sekitar Bagan Datuk, Pasir Salak dan Manjung untuk ke Kuala Lumpur kepada sejam setengah sahaja.
"Ini tentu memberikan kesan jangka masa panjang untuk Parlimen Bagan Datuk dan Pasir Salak. Saya yakin pelabur di luar negara akan datang.
"Saya sudah berbincang dengan mereka untuk beberapa kilang dibina di seberang kedua-dua jambatan ini.
"Yang penting, peluang pekerjaan yang akan diperolehi pada peringkat pertama, iaitu lebih kurang 4,000.
"Dalam jangka masa panjang, (menjelang) 2030, akan dapat lebih banyak pelaburan yang akan menjana pekerjaan untuk lebih 10,000 orang," katanya.
Ahmad Zahid yang merupakan Ahli Parlimen Bagan Datuk ditemui ketika melawat projek pembinaan jambatan Bagan Datuk-Sejagop di sini, semalam.
Menurutnya, dengan adanya jambatan bernilai RM406 juta itu akan menggamit pembangunan lain seperti bangunan komersial dan kawasan perumahan.
Pada masa sama, secara tidak langsung ekonomi daerah Hilir Perak yang merupakan kawasan ke-12 dan mukim termiskin di Perak dapat dipertingkatkan.
Projek itu yang mula dibina pada akhir 2016 sepatutnya siap pada Oktober 2020 tetapi berlaku kelewatan atas beberapa faktor terutamanya pandemik COVID-19.
Ketika ini, projek berkenaan siap 97 peratus dan tidak ada kenaikan kos kerana ia dilaksanakan secara reka dan bina (design and build).
Ia bermakna, sekiranya berlaku sebarang kenaikan kos, ia akan ditanggung oleh kontraktor utama.
Abd Razak Mohd Ali
Mon Jan 23 2023
Ahmad Zahid membuat lawatan ke projek pembinaan laluan Jambatan Bagan Datuk-Sejagop, Bagan Datuk, 23 Jan 2023. --fotoBERNAMA
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Banjir: Keselamatan sempadan negara di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Beliau berkata kawalan di sempadan tetap berjalan seperti biasa membabitkan penugasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Kesiapsiagaan hadapi banjir di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, seramai 82,794 pegawai dan anggota diatur gerak bagi menghadapi banjir di beberapa negeri terjejas khususnya di Pantai Timur.
Malaysia patut amal sistem dua parti, elak perpecahan - Tun M
Malaysia perlu mengamalkan sistem dua parti bagi memastikan tiada lagi polemik politik berlaku sehingga menyebabkan kejatuhan pentadbiran sesebuah kerajaan.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
MIHAS@Dubai capai kejayaan luar biasa, catat jualan RM500 juta hari pertama
MIHAS@Dubai yang julung kali diadakan dari 18 hingga 20 November 2024 menterjemahkan pencapaian penting bagi industri halal Malaysia.
Universiti AI Mohamed bin Zayed, UniKL bakal berkolaborasi bangunkan fakulti AI di Malaysia
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mendapat kerjasama Mohamed bin Zayed Universiti of Artificial Intelligence bagi membangunkan fakulti kecerdasan buatan (AI).
Penganjuran MIHAS@Dubai perkukuh permintaan produk halal di rantau MENA
Hubungan perdagangan yang kukuh antara Malaysia dan UAE dalam industri halal telah menyokong permintaan serta memupuk kepercayaan yang tinggi terhadap produk halal premium Malaysia.
Kepakaran Space42 dalam AI berpotensi tingkat keupayaan Malaysia - Ahmad Zahid
Teknologi ini memperkukuh infrastruktur komunikasi negara dan memastikan rakyat dapat nikmati akses digital yang lebih luas dan selamat.
Ahmad Zahid ucap tahniah pasukan MLBB Malaysia juarai kejohanan dunia
Ahmad Zahid menyifatkan meskipun menghadapi perlawanan sengit daripada pasukan Filipina, ia tidak menggugat semangat juang pasukan negara.
NADMA jalin kerjasama dengan NCEMA UAE - TPM Ahmad Zahid
pengalaman emiriah arab bersatu (uae) dalam menangani cabaran bencana dan krisis agak kompleks berbanding bencana yang kerap berlaku di malaysia seperti banjir, tanah runtuh dan jerebu akibat kemarau