awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buru dua lelaki disyaki terlibat kes rompakan bersenjata
Kes kecederaan dalam kalangan 'weekend warriors' semakin meningkat
STR terus jadi sandaran bantu kos sara hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jambatan gantung terpanjang kini jadi tarikan pelancongan di Republik Czech

Agensi
Agensi
14/05/2022
05:08 MYT
Jambatan gantung terpanjang kini jadi tarikan pelancongan di Republik Czech
Jambatan berkenaan menawarkan pemandangan luar biasa kepada pengunjung yang berani berdepan faktor ketinggian. - AP
DOLNI MORAVA: Sebuah jambatan gantung yang dipercayai struktur binaan terpanjang seumpamanya di dunia kini dibuka di sebuah resort pergunungan di Republik Czech.
Jambatan untuk pejalan kaki sepanjang 721 meter itu dibina di altitud lebih daripada 1,100 meter dari paras laut. Ia menghubungkan dua tebing gunung dan tergantung setinggi 95 meter di atas kawasan lembah di bawahnya.
Dikenali sebagai Sky Bridge 721, ia terletak di bahagian timur laut negara itu, iaitu di kawasan pergunungan Kralicky Sneznik yang berdekatan dengan sempadan Poland. Dari ibu negaranya, Prague, lokasi tarikan pelancongan ini terletak 200 kilometer ke timur.
Jambatan berkenaan menawarkan pemandangan luar biasa kepada pengunjung yang berani berdepan faktor ketinggian. Sekitar 500 orang dibenarkan berada di atas jambatan itu pada satu masa, namun bilangan itu dikurangkan kepada separuh untuk dua minggu pertama menjelang pembukaannya.
Jambatan itu juga akan ditutup atas sebab keselamatan jika bacaan kelajuan angin mencecah 135 kilometer sejam.
Projek pembinaannya mengambil masa dua tahun untuk disiapkan dan menelan belanja sebanyak 200 juta Crown Czech (RM36.5 juta).
Projek berkenaan tidak terlepas daripada menerima kritikan aktivis, yang mendakwa strukturnya terlalu besar untuk persekitaran di kawasan itu. Pada masa yang sama, ada juga yang berhujah bahawa kewujudannya hanya akan membuatkan kebanjiran pelancong ke kawasan pekan kecil itu yang hanya dihuni kurang daripada 500 orang.
Badan penggalak pelancongan, CzechTourism, bagaimanapun percaya bahawa jambatan itu mampu menarik kedatangan pelancong dari seluruh dunia.

** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Topic Berkaitan
#Republik Czech
#jambatan tergantung
#pelancongan
#Sky Bridge 721
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan