TEMERLOH: Jambatan sepanjang 2.3 kilometer yang sedang dibina dan bakal merentasi sungai terpanjang di Semenanjung Malaysia, Sungai Pahang, adalah salah satu ciri unik di Seksyen Enam Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), yang bermula dari Paya Besar, Kuantan ke Lanchang di sini.
Pihak China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd (CCC-ECRL) dan Pegawai Perhubungan Awam Seksyen Enam ECRL Satnam Singh berkata pembinaan jambatan itu telah bermula Mac lepas dan dijangka siap pada Dis 2023.
"Sebaik siap, jambatan yang bermula dari Kampung Tengah dan berakhir di Kampung Tanjung Batu itu akan membolehkan pengguna melihat sangkar ikan patin, yang menjadi kebanggaan Temerloh.
Jambatan itu berketinggian 50 meter memandangkan kawasan tersebut sering dilanda banjir, serta sejarah banjir telah diambil kira dalam perancangan, termasuklah yang terkini iaitu banjir besar awal tahun ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kawasan pembinaan jambatan berkenaan di sini semalam.
Setakat ini, 95 orang pekerja mengejar masa bekerja dari 8 pagi hingga 8 malam untuk menyiapkan sebanyak kerja yang boleh, sebelum musim monsun bermula dan mengakibatkan kerja-kerja pembinaan tertangguh.
Satnam berkata secara keseluruhan jambatan tersebut terdiri daripada 538 asas cerucuk, 63 tiang dan dua penampan.
"Pembinaan asas cerucuk menggunakan teknik menggali lubang secara penggerudian berputar dan menuang konkrit dalam air, menggunakan empat gerudi penggerudian berputar, tiga kren bergerak dan dua jengkaut," katanya.
Menurutnya setakat ini, 60 peratus kerja-kerja pembinaan asas cerucuk telah dijalankan.
Satnam berkata aspek keselamatan diberi keutamaan bagi mengelak insiden yang tidak diingini berlaku, seperti lemas, justeru semua pekerja dikehendaki memakai jaket keselamatan sebagai tambahan kepada pakaian perlindungan diri (PPE) yang biasa dipakai pekerja pembinaan.
Sementara itu, Pengurus Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran CCC-ECRL Major (B) Mohd Salahuddin Yaakob berkata semua pekerja mestilah lulus kursus keselamatan di Pusat Latihan Keselamatan syarikat itu di Kampung Paya Pasir dekat sini, sebelum dibenarkan bekerja di lapangan.
Terkini, seramai 2,500 pekerja telah menjalani latihan itu yang dikendalikan oleh pengajar terlatih menggunakan modul yang diwajibkan oleh pihak berkuasa berkaitan seperti Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 10 2021
Jambatan sepanjang 2.3 kilometer sedang dibina merentasi Sungai Pahang, salah satu ciri unik di Seksyen 6 ECRL, yang bermula dari Paya Besar, Kuantan ke Lanchang. --fotoBERNAMA
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Baharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus bagi PRK tersebut, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Bharu, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor kira-kira jam 10.38 pagi, pada Sabtu.
Kerja pemasangan sistem projek ECRL dijangka bermula Mei depan
Kerja-kerja pemasangan di Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) melibatkan pembinaan sistem elektrifikasi, semboyan dan telekomunikasi bagi pengoperasian kereta api penumpang dan kargo dijangka bermula Mei d
Kementerian Pengangkutan yakin ECRL siap Disember 2026, mula operasi Januari 2027 - Loke
Kementerian Pengangkutan yakin Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan dapat disiapkan mengikut jadual pada Disember 2026 dan beroperasi bermula Januari 2027.
Kerajaan susun strategi perkukuh daya saing pelabuhan negara
Kerajaan telah menyusun strategi jangka masa pendek dan panjang bagi memperkukuhkan daya saing pelabuhan utama negara iaitu Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Kelantan tiada masalah pengambilan tanah untuk lanjutkan ECRL ke Rantau Panjang
Kerajaan Kelantan tidak mempunyai sebarang masalah pengambilan tanah jika cadangan pelanjutan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) disambung sehingga Rantau Panjang dipersetujui kerajaan MADANI.
Kemajuan pembangunan projek ECRL di Terengganu melebihi 80 peratus
Kemajuan projek di negeri ini adalah yang terpantas dan mencatat peratusan tertinggi berbanding tiga negeri lain.
Isu sambung ECRL hingga Rantau Panjang telah dibincang dalam MTEN - Loke
Isu penyambungan jajaran Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) hingga ke Rantau Panjang telah dibincangkan oleh kerajaan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) baru-baru ini.
Kos pembinaan ECRL kekal pada RM50.27 bilion - Anthony Loke
Kos pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) masih kekal pada RM50.27 bilion.
Kemajuan projek ECRL di empat negeri capai lebih 60 peratus
Darwis berkata kemajuan berkenaan setakat Februari lepas dan pembinaan projek ini berjalan lancar.
Projek ECRL berjaya capai penembusan 30 terowong
Tiga terowong tersebut adalah terowong Bentong 1 sepanjang 561 meter, terowong Kampung Lentang 1 (270 meter) dan terowong Kampung Lentang 2 (478 meter).
Projek ECRL ikut jadual, kini capai 62 peratus
Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berjalan mengikut jadual dan kini sudah mencapai 62 peratus setakat Februari 2024.