KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri James Jemut Masing dimasukkan ke wad unit rawatan rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak selepas disahkan positif COVID-19.

Perkara itu disahkan Masing secara ringkas kepada Astro AWANI pada Selasa.

"Ya, saya disahkan positif COVID-19 hari ini. Saya mengalami gejala demam, selesema sebelum menjalani ujian RT-PCR dan disahkan positif," katanya ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp.

Untuk rekod Masing yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Baleh telah lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19.

Dalam pada itu beliau turut mengingatkan masyarakat agar sentiasa mematuhi SOP ketika berada di kawasan umum dan memandang serius mengenai COVID-19.

“Tolong ikut SOP di mana saja anda berada, segara dapatkan vaksin," katanya.

Terbaharu, James Jemut dilaporkan berada dalam keadaan stabil.