Sepasang suami isteri dan seorang janda antara empat dicekup dalam keadaan khayal dipercayai sedang 'menikmati' dadah jenis syabu, di sebuah pondok berhampiran bangunan UTC di bandaraya di sini, dalam satu operasi khas petang semalam.
Pasangan berusia 39 tahun dan janda, 35, seolah-olah tidak pernah serik apabila mengulangi kesalahan sama meskipun memiliki beberapa rekod lampau kerana kesalahan penyalahgunaan dadah.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman berkata, siasatan awal mendapati suspek sanggup membina sebuah pondok di lokasi demi melepaskan gian dalam keadaan lebih selesa.
"Selain itu, pondok yang didirikan secara haram dipercayai bertujuan untuk mengaburi mata pihak berkuasa daripada menghidu aktiviti tidak sihat itu.
"Mereka sengaja membina pondok tersebut dan menjadikannya sebagai salah satu 'port' melepaskan gian bersama rakan penagih yang lain," katanya dalam sidang media selepas Operasi Khas di Dewan Integriti, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, di sini.
Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kesemua ditahan positif dadah jenis syabu.
Kesemuanya kini ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sementara itu, Suffian berkata, sempena Operasi Khas dijalankan, turut ditahan 24 lagi individu dipercayai terlibat dalam pelbagai kesalahan jenayah narkotik termasuk seorang penjawat awam, 43, kerana memiliki dadah jenis syabu dan seorang lelaki yang dikehendaki polis kerana disyaki terlibat dalam kes penipuan.
Jelasnya, Operasi Khas bermula kira-kira jam 2.30 petang dan berakhir awal pagi tadi dijalankan secara serentak di tiga lokasi iaitu di sekitar Terminal Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), di bangunan UTC dan di sekitar hotel di bandaraya di sini yang melibatkan kira-kira 68 anggota termasuk pegawai dari IPD Kuala Terengganu.
"Operasi ini dilancarkan adalah bertujuan untuk menangani masalah kutu rayau dan juga kaki 'pau' yang difahamkan amat berleluasa sejak kebelakangan ini.
"Sebelum ini juga polis banyak menerima aduan daripada wakil Kerajaan Negeri dan orang ramai berhubung aktiviti kaki 'pau' melalui laman sosial yang dikatakan agak membimbangkan.
"Bagaimanapun, sehingga kini, kita masih belum menerima sebarang laporan kejadian daripada mangsa terlibat mungkin disebabkan malas untuk membuat tindakan kerana menganggap jumlah kerugian tidak terlalu besar," katanya.
Justeru itu, Suffian menasihatkan kepada semua mangsa agar dapat tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan tanpa mengira jumlah kerugian yang dirasakan sangat kecil.
Suffian menjelaskan, siasatan awal mendapati aktiviti 'pau' dilakukan oleh individu tertentu dan bukannya bergerak secara berkumpulan, malah individu terlibat lebih kepada dalam situasi terdesak untuk membeli dadah.
"Individu terlibat dengan aktiviti 'pau' ini bergerak bersendirian dan memerlukan wang hanya untuk kegunaan diri sendiri, jadi jumlah yang biasa diminta bukan dalam kuantiti besar.
"Meskipun begitu, kita memandang serius dengan aktiviti tidak bermoral ini dan akan pastikan operasi menangani masalah kaki 'pau' terutama di kawasan awam dijalankan secara berkala.
"Selain memastikan keselamatan orang awam lebih terjamin, inisiatif ini diambil antara salah satu langkah polis membantu serta menyokong Kerajaan Negeri bagi membasmi budaya 'pau' hari ini," katanya.
Sinar Harian
Sun Jun 24 2018
Sepasang suami isteri dan seorang janda antara empat dicekup dalam keadaan khayal dipercayai sedang 'menikmati' dadah jenis syabu di bangunan UTC di sini. -Sinar Harian
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Republik Dominika rampas 9.5 tan dadah, terbesar dalam sejarah
Pihak berkuasa Republik Dominika berjaya merampas 9.5 tan dadah jenis kokain, yang merupakan terbesar dalam sejarah negara itu dengan nilai anggaran mencecah AS$250 juta (RM1.11 bilion).
Rasuah berkait projek RM250 juta: Datuk, penjawat awam direman empat hari
Kedua-dua suspek ditahan kira-kira pukul 5.30 pagi pada Khamis ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sarawak.
Yusoff Rawther mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan edar kanabis
Muhammed Yusoff membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan semula di hadapan hakim ketika kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi hari ini.
Ahli perniagaan Malaysia, dua warga Iran bebas pertuduhan edar dadah
Seorang ahli perniagaan Malaysia dan dua warga Iran terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan hari ini membebaskan mereka daripada pertuduhan mengedar 48.6 kilogram dadah jenis metamfetamina.
60 pengunjung pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail ditahan positif dadah
Polis menahan 60 individu termasuk empat warga asing yang berusia 20 hingga 42 tahun kerana positif dadah dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail, pada Sabtu lalu.
Nelayan warga Thailand dipenjara 70 bulan, 10 sebatan kerana miliki kanabis
Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 70 bulan dan 10 sebatan terhadap seorang nelayan warga Thailand hari ini selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki kanabis sebe
Tujuh anggota polis didakwa salah guna dadah
Mereka yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, IPD Yan, dan IPD Pendang didakwa tanpa kebenaran memasukkan dalam badan sendiri dadah berbahaya jenis ketamine dan MDMA.
Pindaan Akta Penagih Dadah 1983: Peluang kedua pulih diri
Pindaan Akta Penagih Dadah 1983 penting bagi memberikan kuasa lebih kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam proses rawatan dan pemulihan penagih.
"Itu bukan saya"- Misha Omar nafi ditahan polis Thailand
Penyanyi terkenal yang berasal dari Kelantan, Misha Omar menafikan dia bukan penyanyi wanita yang ditahan dalam operasi polis Thailand di Sungai Golok, semalam.
Polis kesan Syed Mohammad Faris bantu perbicaraan kes dadah
Syed Mohammad Faris Ismadi Md Akhir, 33, beralamat terakhir di nombor 375, Blok 16, Felda Keratong 9, Muadzam Shah, Pahang.