awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan alih penghadang jalan laluan alternatif Gua Musang-Kuala Lipis - Polis

Bernama
Bernama
20/04/2023
10:25 MYT
Jangan alih penghadang jalan laluan alternatif Gua Musang-Kuala Lipis - Polis
Polis menggesa mana-mana individu supaya tidak sesekali mengalihkan penghadang jalan di laluan alternatif Gua Musang, Kelantan-Kuala Lipis, Pahang sehingga menimbulkan kekeliruan kepada pengguna yang lain. -Gambar fail/Bernama
GUA MUSANG: Polis menggesa mana-mana individu supaya tidak sesekali mengalihkan penghadang jalan di laluan alternatif Gua Musang, Kelantan-Kuala Lipis, Pahang sehingga menimbulkan kekeliruan kepada pengguna yang lain.
Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata hal ini berikutan pihaknya mengesan terdapat individu yang cuba mengalih penghadang dan papan tanda sebagai penunjuk arah.
"Kita percaya tindakan mengalihkan penghadang yang dipasang itu adalah untuk individu terbabit bagi memudahkan pergerakannya kerana laluan alternatif itu lebih jauh dari laluan asalnya.
"Jangan pentingkan diri sendiri sehingga mengubah lencongan yang dilakukan pihak berkuasa. Lencongan itu dibuat untuk keselesaan kita di masa akan datang," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan laluan alternatif Gua Musang-Kuala Lipis di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang, di sini hari ini.
Mengulas lanjut Sik berkata setakat ini sebanyak lima kes kemalangan direkodkan di laluan alternatif berkenaan dan tidak melibatkan kemalangan maut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gua Musang
#penghadang jalan
#penunjuk arah
#laluan alternatif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan