Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang akan bermula esok sehingga 31 Ogos depan, memberikan kelegaan kepada orang ramai apabila lebih banyak kelonggaran diberikan, untuk menjalani rutin kehidupan harian.
Pelaksanaan PKPP menyaksikan bukan sahaja hampir kesemua sektor ekonomi kembali beroperasi, malah kegiatan sosial, pendidikan, keagamaan, dan rekreasi, juga telah dibenarkan bermula secara berperingkat dengan pematuhan sepenuhnya terhadap prosedur operasi standard (SOP), yang ditetapkan.
Antaranya perkara yang ditunggu termasuk kebenaran merentas negeri, aktiviti pelancongan domestik, perkhidmatan kedai gunting rambut dan salun kecantikan, yang dibenarkan dibuka bermula Rabu ini, selain operasi pasar malam, bazar, dan gerai pasar, mulai 15 Jun.
Ia merupakan satu khabar gembira, setelah hampir tiga bulan rakyat negara ini terpaksa menjalani kehidupan dengan kebiasaan baharu, ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), demi mengekang penularan wabak COVID-19.
Terbukti kepatuhan dan disiplin tinggi ditunjukkan oleh rakyat, selain pengorbanan petugas barisan hadapan tidak sia-sia, apabila jumlah kes positif jangkitan COVID-19 semalam hanya mencatatkan tujuh kes sahaja, yang terendah direkodkan sejak 18 Mac lalu.
Kerisauan pelbagai pihak terhadap kemungkinan wujudnya 'Kluster Aidilfitri' akibat kunjung-mengunjung pada Hari Raya Pertama juga meleset sama sekali, kerana kerjasama yang diberikan orang ramai dalam mematuhi arahan oleh kerajaan sepanjang musim perayaan.
Ia juga bertepatan dengan ramalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada 22 Mei lalu, bahawa jangkitan dapat dikurangkan sekiranya pematuhan SOP dilakukan ketika musim perayaan.
Namun dalam kegembiraan menyambut kelonggaran yang diberikan serta kes positif COVID-19 yang semakin berkurang, pematuhan terhadap SOP perlu diteruskan dan tidak boleh dikompromi sama sekali, jika kita mahu rantaian jangkitan wabak ini dapat diputuskan.
Memetik kata-kata Dr Noor Hisham semalam, Malaysia boleh memutuskan kadar jangkitan COVID-19 tanpa penggunaan vaksin, sekiranya rakyat terus menunjukkan pematuhan tinggi terhadap SOP dan garis panduan yang ditetapkan kerajaan.
Oleh itu, dalam keterujaan menyambut kelonggaran PKPP itu, teruskan komitmen dalam mematuhi SOP dan tingkatkan kawalan kendiri, kerana hanya dengan cara itu kita akan dapat membantu kerajaan menunju strategi keluar, sekali gus bebas daripada wabak berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 09 2020
Hampir tiga bulan rakyat negara ini terpaksa menjalani kehidupan dengan kebiasaan baharu, ekoran pelaksanaan PKP dan PKPB, demi mengekang penularan wabak COVID-19. - Gambar hiasan
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan. #AWANInews
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia pada Ahad bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
TikTok Live Fest: Tiga pencipta kandungan Malaysia bakal bersaing
Ketiga-tiga wakil Malaysia itu memiliki kisah unik tersendiri sebelum dipilih sebagai pencipta kandungan serantau di tangga teratas di TikTok LIVE.
[TERKINI] Sertai PKR: Saya belum buat sebarang keputusan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau berpegang kepada prinsip membuat keputusan dengan tertib dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti sebelum membuat sebarang pengumuman.
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Mesir: Menara bersejarah di Saladin Citadel dibuka semula kepada pengunjung
Dua menara di Saladin Citadel, satu daripada mercu tanda terkenal di ibu negara Mesir dibuka kepada orang ramai pada Ahad selepas menjalani kerja-kerja pemulihan, lapor Xinhua.
Jalan Kuantan-Segamat Seksyen 102 kembali dibuka
Laluan FT012, Jalan Kuantan-Segamat Seksyen 102 yang ditutup kepada semua kenderaan akibat jalan mendap sejak 7 Januari lalu telah dibuka semula pada Sabtu.
'Kafe Harry Potter' akan dibuka semula
Kafe Elephant House satu daripada beberapa hartanah yang rosak teruk dalam kebakaran di Jambatan George IV di Edinburgh pada Ogos 2021.
Jalan Balik Pulau-Teluk Bahang dijangka buka semula Disember
Laluan jalan raya FT006 Jalan Balik Pulau-Teluk Bahang, Daerah Barat Daya, dijangka buka pada Disember tahun ini.
PICKids: Pemberian vaksin dibuka 5 hari bermula esok
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) akan dibuka selama lima hari mulai esok.
Bangkok dibuka kepada pengunjung lengkap vaksinasi
Ia antara usaha yang diambil kerajaan untuk menyelamatkan industri pelancongan yang teruk terjejas akibat wabak itu.
Pawagam sedia kembali beroperasi, penerima vaksinasi lengkap saja dibenarkan masuk
Pengunjung dan kakitangan pawagam perlu mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa sepanjang berada di kawasan tersebut.
Buka semula pusat kecergasan dan sukan bagi individu lengkap divaksin - Radhakrishnan
Radhakrishnan berkata langkah tersebut perlu demi kesihatan fizikal dan mental masyarakat di samping membantu menangani isu pengangguran.
Singapura buka semula kelulusan masuk kepada pemegang pas kerja lengkap divaksin mulai 10 Ogos
Pemegang pas kerja yang layak dan tanggungannya mestilah sudah lengkap divaksin sebelum tiba di Singapura.
Muzium PDRM kini dibuka semula kepada orang awam - Ketua Polis Negara
Pembukaan semula muzium itu dibuat selepas kerja naik taraf bangunannya siap sepenuhnya pada 28 Jan lepas, setelah ditutup semasa PKP pada Mac 2020.