awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Jangan ambil jalan mudah bawa lari anak dara orang' - A.Aida tekankan adab ketika bercinta

Gempak
Gempak
11/02/2024
07:57 MYT
'Jangan ambil jalan mudah bawa lari anak dara orang' - A.Aida tekankan adab ketika bercinta
A.Aida menegaskan, individu baharu yang muncul dalam keluarganya perlu memenangi hatinya terlebih dahulu. -Gempak
PELAKON dan produser terkenal Datuk A.Aida terus berkongsi pandangan mengenai cinta golongan muda di media sosialnya.
Menerusi hantaran terkini di Instagram, A.Aida menekankan tentang 'adab' untuk bercinta dengan wanita.
"Jangan ambil jalan mudah bawa lari anak dara orang.
"Kena cari jalan macam mana nak ambil hati mak dia, kalau pandai ambil hati kahwin pun kita sponsor semua," tulisnya.
Malah, A.Aida menegaskan secara umum, individu baharu yang muncul dalam keluarganya perlu memenangi hatinya terlebih dahulu.
"Sebelum nak mengurat anak, kena mengurat mak dia dulu," tambahnya.
Terdahulu, A.Aida memberikan peringatan buat anak keduanya, Wan Azevanatassha, 22, yang kini sedang melanjutkan pengajian di Victoria University, Melbourne, Australia agar tidak melakukan perbuatan yang membelakangi keluarga.
"Jangan jadi anak derhaka dan kahwin senyap-senyap ya. Nanti satu sen hartaku tak akan dapat.
"Tak terucap penat lelah dan susah payah ibu membesarkan anak. Apa sahaja kemahuan, ibu akan cuba penuhi.
“Sebagai balasan, belajarlah rajin-rajin dan jangan sia-siakan peluang yang ada.
"Semoga kau berjaya wahai anakku,” tulis A.Aida. -Gempak
Topic Berkaitan
#Wan Azevanatassha
#bawa lari anak dara orang
#adab ketika bercinta
#A Aida
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan