awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lisa Blackpink dilantik Duta Amazing Thailand
Warisan India berkembang pesat di Malaysia - Modi
Subsidi bersasar RON95 dijangka beri penjimatan fiskal RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Jangan baca sekerat' - Tengku Zafrul bidas dakwaan Azmin ART gadai kedaulatan ekonomi negara

Sinar Harian
Sinar Harian
29/10/2025
00:20 MYT
'Jangan baca sekerat' - Tengku Zafrul bidas dakwaan Azmin ART gadai kedaulatan ekonomi negara
TENGKU ZAFRUL: Kalau isu tersebut hanya memberi kesan kepada keselamatan negara dan ekonomi AS tetapi tidak memberi impak kepada keselamatan negara dan ekonomi Malaysia, kita tidak perlu pertimbangkan. - Gambar fail
SHAH ALAM: Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz membidas dakwaan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengenai Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) menggadai kedaulatan negara.
Beliau menjelaskan klausa yang dipetik ialah klausa 5.1 dan cuma memetik ayat pertama serta sebahagian ayat kedua.
Sehubungan itu Tengku Zafrul mengingatkan Mohamed Azmin supaya meneliti perjanjian secara menyeluruh.
"Kalau baca perjanjian, kita kena baca penuh, jangan baca sekerat. Klausa yang dipetik ialah Klausa 5.1. Apa kandungan klausa 5.1? dan dia cuma petik ayat pertama dan sebahagian ayat kedua.
"Kononnya kalau Amerika Syarikat (AS) kenakan sekatan kepada mana-mana negara, Malaysia ini automatik kena ikut. Jom, kita baca sama-sama Klausa ini," katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Selasa.
Beliau menjelaskan kandungan klausa tersebut menyebut: "Selepas menerima notifikasi sedemikian daripada Amerika Syarikat, Malaysia hendaklah mengguna pakai atau mengekalkan satu langkah yang mempunyai kesan sekatan yang setara dengan langkah yang diambil oleh Amerika Syarikat atau bersetuju dengan satu garis masa pelaksanaan yang boleh diterima oleh kedua-dua pihak bagi menangani kebimbangan bersama berkaitan ekonomi atau keselamatan negara".
"Saya ulang frasa terakhir, untuk menangani masalah ekonomi berkongsi atau keselamatan negara. Apa maksudnya? Maksudnya, sekatan ini perlu untuk menangani isu keselamatan negara dan ekonomi bersama.
"Kata kunci di sini, bersama. Maksudnya, kalau isu tersebut hanya memberi kesan kepada keselamatan negara dan ekonomi AS tetapi tidak memberi impak kepada keselamatan negara dan ekonomi Malaysia, kita tidak perlu pertimbangkan," katanya.
Menggadai kedaulatan atau kerjasama demi keselamatan bersama?#TZA #MITIMalaysia #PemacuPotensiGlobal #MADANIBekerja pic.twitter.com/H6IYpDSXgD
— Tengku Zafrul (@tzafrul_aziz) October 28, 2025
Terdahulu, Mohamed Azmin dilaporkan berkata ART yang ditandatangani Malaysia dilihat bukanlah satu bentuk timbal balik seperti yang digambarkan, sebaliknya merupakan satu bentuk penyerahan terhadap AS.
Katanya, Malaysia memberikan terlalu banyak kawalan terhadap ekonominya manakala AS kekal bebas menentukan dasar yang menguntungkan industri mereka sendiri. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz
#Azmin Ali
#perjanjian perdagangan timbal balas
#Amerika Syarikat
#gadai kedaulatan ekonomi negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan