KUCHING: Pasangan atau ahli keluarga tidak sepatutnya membiarkan ibu yang mengalami masalah kemurungan selepas bersalin atau lebih dikenali sebagai meroyan, berseorangan di rumah.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Nancy Shukri berkata jika seorang ibu telah menunjukkan gejala murung, perkara itu tidak boleh dipandang ringan kerana boleh mengundang bahaya kepada orang sekelililing.
"Hanya ahli keluarga terdekat sahaja tahu perubahan sikap, pertuturan, tingkah laku dan cara ibu itu membawa diri, ini adalah indikator bagi mengenal pasti ibu itu meroyan.
"Jangan membiarkan mereka sendirian bersama bayi yang masih kecil. Dalam keadaan sebegitu mereka tidak sedar walaupun ada ubat atau rawatan dan tahap keseriusan tekanan yang dihadapi boleh mengundang perkara yang tidak diingini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-kanak Taska dan Kempen Keselamatan Kanak-kanak Dalam Kenderaan di sini hari ini.
Nancy berkata sesibuk mana pun seorang suami, mereka perlu mengambil tahu keadaan isteri terutama ketika selepas bersalin kerana hormon dalam badan wanita akan berubah yang boleh memberikan kesan kepada emosi.
Semalam negara dikejutkan dengan kejadian seorang ibu berusia 32 tahun di Masai, Johor bertindak mengelar bayi lelakinya berusia 18 bulan hingga maut dan kini dalam pemerhatian doktor.
Ibu terbabit turut direman tujuh hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
--BERNAMA
Bernama
Mon Mar 18 2024
Nancy berkata jika seorang ibu telah menunjukkan gejala murung, perkara itu tidak boleh dipandang ringan kerana boleh mengundang bahaya kepada orang sekelililing. - Gambar fail
Baling bom petrol di pusat hiburan: Dua lagi lelaki didakwa
Dua lelaki mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan khianat dengan membaling bom petrol di sebuah pusat hiburan di ibu kota.
12 terbunuh dipanah petir di Bengal Barat, India
Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan beberapa lagi mangsa cedera pada Khamis akibat dipanah petir di Bengal Barat, di timur India.
MyCEB lebar luas rangkaian dengan para pemain acara perniagaan di IMEX Frankfurt
Penyertaan tahun ini tepat pada masanya ketika MyCEB, agensi di bawah MOTAC, menggembleng usaha mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Ambil tindakan tegas ke atas pihak lakukan kekacauan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang cuba melakukan kekacauan di Malaysia sehingga meragut nyawa.
ABIM gesa rakyat bertenang, serahkan siasatan kepada PDRM
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak berkuasa berkaitan.
Keganasan terhadap pegawai polis, satu tindakan mengerikan
Membunuh, menyebabkan kecederaan yang teruk dan pencerobohan serta keganasan terhadap pegawai polis di balai polis adalah satu tindakan mengerikan dan kejam.
MEASAT, mudah Healthtech wujud Kiosk telekesihatan pertama
Melalui platform Sihat Xpress, penduduk kampung boleh menggunakan kiosk telekesihatan untuk memeriksa tahap oksigen, tekanan darah, suhu badan dan kandungan gula dalam darah, selain berunding dengan doktor secara dalam talian.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: KPN zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa
Ketua Polis Negara menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga dua anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pagi tadi.
AWANI Ringkas: Siasatan termasuk bedah siasat | 47 penerbangan mendarat di Madinah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah dilanda banjir
Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah yang dilanda banjir di Kampung Temerlok, Trong dekat Taiping, pagi tadi.
Jangan biarkan ibu meroyan bersendirian di rumah - Nancy
Pasangan atau ahli keluarga tidak sepatutnya membiarkan ibu yang mengalami masalah kemurungan selepas bersalin atau lebih dikenali sebagai meroyan, berseorangan di rumah.