Masyarakat tidak perlu bimbang untuk menyalurkan sebarang maklumat tentang perlakuan rasuah kerana tindakan mereka dilindungi oleh undang-undang, kata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Timbalan Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM Datuk Jamidan Abdullah berkata saksi yang memberi kerjasama berkaitan kes rasuah dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi 2009.
"Kita juga membuka kertas siasatan tertentu untuk menyiasat individu yang menganiaya pemberi-pemberi maklumat," katanya kepada pemberita selepas majlis 'Merakyatkan SPRM' di sini, hari ini.
Masyarakat, beliau berkata tidak perlu bimbang tampil memberi maklumat kerana SPRM akan menjalankan tugas dengan telus dalam menegakkan keadilan untuk mereka.
Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah Datuk Mohd Fauzi Muhamad berkata pihaknya melakukan 55 tangkapan sejak awal tahun sehingga kini, berkaitan gejala rasuah berbanding 22 penahanan dalam tempoh sama tahun lepas.
Beliau berkata tangkapan sepanjang tahun ini, dibuat hasil 320 maklumat diterima suruhanjaya berkenaan berbanding 22 tangkapan daripada 490 maklumat yang diterimanya pada tahun lepas.
"Pencapaian itu hasil maklumat berkualiti daripada kerjasama masyarakat umum yang bersama-sama membantu SPRM membanteras rasuah," katanya.
Bernama
Tue Oct 27 2015
Saksi yang memberi kerjasama dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi 2009, kata Timbalan Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM Datuk Jamidan Abdullah. -Gambar fail
Akta Pembangunan Mineral 1994 perlu dipinda bagi penuhi keperluan REE negara
Akta Pembangunan Mineral 1994 perlu dipinda dalam usaha memenuhi keperluan pembangunan kerangka model perniagaan unsur nadir bumi (REE) negara.
Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi jejaki prestasi serantau
Ia seiring dengan pengukuhan niaga hadapan getah Shanghai berikutan sentimen dirangsang oleh data ekonomi China yang menggalakkan.
Kebakaran hutan tanah gambut di Rompin dijangka dipadamkan sepenuhnya seminggu lagi
Kebakaran di kawasan hutan tanah gambut di Rompin sejak Sabtu lepas dijangka dapat dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh seminggu lagi.
Fahmi bidas kenyataan Dr Afif mengenai calon PH bagi PRK
Fahmi membidas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Dr Afif Bahardin yang dianggapnya membuat kenyataan seksis terhadap calon PH bagi PRK KKB, Pang Sock Tao.
Etika kewartawanan bezakan wartawan warga dengan pengamal media sebenar - Fahmi
Etika kewartawanan yang teguh amat penting dalam memastikan kemampanan industri media di negara ini.
Lebih 10,000 orang hilang di bawah runtuhan di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt
Perkhidmatan Pertahanan Awam Palestin pada Selasa berkata lebih 10,000 orang masih hilang di bawah runtuhan di seluruh Semenanjung Gaza sejak bermulanya serangan Israel pada 7 Okt 2023.
TLDM lancar penjajaran Pelan Transformasi 15to5
TLDM akan melancarkan dokumen Platform semasa Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2024 berlangsung pada 6 hingga 9 Mei ini.
Menteri Pertahanan Malaysia, Indonesia bincang keselamatan, kesiapsiagaan masa depan serantau
Pertemuan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Prabowo Subianto hari ini membincangkan pelbagai isu termasuk cabaran keselamatan dan mempromosi kestabilan di rantau Asia Tenggara.
PM Anwar, Menteri Ekonomi Indonesia sepakat dorong ASEAN-GCC jadi kekuatan ekonomi baharu
Anwar dan Airlangga Hartarto percaya dialog strategik ASEAN-GCC di WEF penting sebagai momentum dalam mengukuhkan kerjasama ASEAN dan GCC, khususnya bagi perdagangan dan pelaburan.
Najib dapat persetujuan Kabinet sebelum luluskan surat sokongan bon US$3 bilion
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu Najib telah mendapatkan persetujuan sebulat suara daripada menteri-menteri Kabinet sebelum meluluskan surat sokongan berhubung penerbitan bon.
Jangan bimbang salur maklumat tentang rasuah - SPRM
Saksi yang memberi kerjasama berkaitan kes rasuah dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi 2009.