awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan buka sektor ekonomi terlalu cepat di Labuan walaupun kes turun - Dr Ismuni

Astro Awani
Astro Awani
15/07/2021
05:49 MYT
Jangan buka sektor ekonomi terlalu cepat di Labuan walaupun kes turun - Dr Ismuni
Sekiranya pembukaan sektor-sektor itu terlalu cepat, ia dikhuatiri merosakkan program jabatan itu yang berusaha memerangi COVID-19 di Wilayah Persekutuan tersebut.
KUALA LUMPUR: Pembukaan sektor ekonomi dan industri di Labuan perlu melihat keadaan semasa COVID-19 selain mengambil kira program yang telah dirancang Jabatan Kesihatan Labuan.
Pengarahnya, Dr Ismuni Bohari berkata, sekiranya pembukaan sektor-sektor itu terlalu cepat, ia dikhuatiri merosakkan program jabatan itu yang berusaha memerangi COVID-19 di Wilayah Persekutuan tersebut.
Tegasnya, walaupun kes positif di Labuan menunjukkan penurunan ketara, ia bukan tanda aras untuk pembukaan sektor-sektor tersebut dengan segera.
"Untuk memastikan program kita berjalan lancar (memerangi COVID-19), pembukaan sektor ekonomi dan sektor-sektor lain perlu diselaraskan dengan keadaan semasa supaya pembukaan itu tidak terlalu cepat hingga mengakibatkan kegagalan kepada keseluruhan program yang telah dirancang.
"Cabaran yang paling besar yang kami hadapi sekarang ini, apabila kes positif mula menurun, pihak-pihak industri telah mula memberi tekanan supaya aktiviti mula dibuka seluas-luasnya. Kami di Jabatan Kesihatan Labuan memohon supaya kita betul-betul memastikan (Labuan) bersih dahulu supaya kita mengulangi apa yang pernah berlaku," katanya dalam program Roger Roger Labuan FM pada Khamis.
Semalam, Labuan merekodkan 38 kes positif menjadikan jumlah keseluruhan di wilayah persekutuan itu 9,305 kes.
Bagi memastikan program yang disasarkan Jabatan Kesihatan Labuan berjalan lancar, Dr Ismuni menegaskan, pihaknya dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Labuan kekal dengan keputusan ketat mengenai kemasukan individu ke Labuan.
Selain itu tambahnya, hanya satu daripada enam kluster sahaja yang masih aktif di Labuan iaitu Kluster Titian 2. Lima lagi kluster lain yang tidak aktif ialah Kluster Victoria Merdeka, Kluster Simpang Sahari, Kluster Patau-Patau, dan Kluster Tembok.
Mengulas mengenai varian Delta di Labuan, Dr Ismuni menjelaskan kes-kes varian itu di Hospital Labuan melibatkan beberapa kategori contohnya, kes kematian Covid-19 sebelum tiba ke hospital (BID), kes lambat respon untuk ubat dan kes yang cepat merebak.
Topic Berkaitan
#Labuan
#COVID-19
#sektor ekonomi
#sektor industri
#Pengarah Kesihatan Labuan
#Dr Ismuni Bohari
#memerangi COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan