awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelarasan tarif asas kemudahan gas RP3 tidak jadikan harga gas keseluruhan lebih tinggi - FMM
Myanmar tetapkan 25 Januari sebagai pusingan akhir pilihan raya
Kebersihan bandar bukan tanggungjawab kerajaan sahaja - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan campur aduk isu undang-undang dan politik - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
17/08/2025
08:36 MYT
Jangan campur aduk isu undang-undang dan politik - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, tindakan undang-undang perlu diambil terhadap sebarang pelanggaran, manakala isu politik wajar diselesaikan melalui saluran yang sewajarnya. - Bernama
PASIR SALAK: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan pemimpin parti politik agar membezakan antara isu perundangan dan politik demi mengekalkan keharmonian dalam Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, tindakan undang-undang perlu diambil terhadap sebarang pelanggaran, manakala isu politik wajar diselesaikan melalui saluran politik yang sewajarnya.
"Kita tidak mahu sesuatu peristiwa memaksa keputusan politik dibuat kerana ini boleh menggugat kesepaduan 18 parti dalam Kerajaan MADANI. Pada hemat saya, kita mesti mengasingkan soal perundangan dan politik," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Santunan Desa Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Perak Bersama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Komuniti KEMAS di Dewan Besar Bandar Baru Felcra Seberang Perak.
Selain itu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Basional Nasional (BN) menasihati semua pihak supaya mematuhi keputusan parti untuk mengekalkan toleransi antara parti komponen.
"Jangan hanya cuba mempopularkan sesuatu isu atau mahu menjadi individu yang paling popular, sehingga menjejaskan hubungan baik antara pemimpin parti dan akar umbi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#undang-undang
#politik
#tindakan
#Ahmad Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan