NATIONAL
Jangan cemas pesawat TUDM terbang rendah di Kuantan
Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan Hari Terbuka TUDM di Pangkalan Udara Kuantan, Pahang pada 16 November ini bermula seawal jam 8 pagi. - Gambar TUDM
Orang ramai dinasihatkan agar tidak cemas dan risau jika melihat pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terbang rendah di sekitar Kuantan mulai hari ini.
Ini kerana, TUDM akan melaksanakan latihan pertunjukan udara sempena Hari Terbuka TUDM yang diadakan pada 16 November di Pangkalan Udara Kuantan.
Latihan tersebut dijadualkan akan berlangsung bermula Selasa hingga Sabtu sekali gus melibatkan beberapa buah pesawat pejuang, pengangkut dan helikopter di sekitar ruang udara Kuantan.
Sementara itu, markas TUDM dalam kenyataan media mengingatkan penduduk di sekitar Pangkalan Tentera Udara juga tidak perlu bimbang jika mendengar bunyi letupan di sepanjang tempoh tersebut.
Bagi memeriahkan lagi suasana, pihak TUDM turut menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk hadir beramai-ramai ke Hari Terbuka TUDM yang akan bermula seawal jam 8 pagi pada 16 November ini (Sabtu).