Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu rakyat Malaysia tenang dan bijaksana menilai tohmahan dan fitnah nista yang sengaja dirancang media asing untuk menjejaskan imej negara ini.
Beliau berkata rakyat harus berminda positif dan menangkis segala isu yang dibangkitkan oleh media asing.
"Kedaulatan dan kebebasan negara kita tidak wajar digadaikan kepada media luar untuk mencaturkan politik negara.
"Sebagai pemimpin, saya seru kepada seluruh rakyat Malaysia agar bersama dalam satu barisan untuk mempertahankan negara," katanya dalam perutusan Aidilfitri di sini, hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri menyarankan rakyat agar menjadikan media baharu sebagai medium perpaduan bukannya dijadikan platform membangkitkan isu sensitif yang boleh membakar rasa kebencian antara kaum.
"Secara asasnya, kita telah berjaya membenih dan menyuburkan semangat Bangsa Malaysia.
"Namun, semestinya kekuatan dan keunikan ini dicemburui oleh orang asing. Inilah cabaran kita. Mereka sedaya upaya mengadu-domba untuk meretakkan jalinan perpaduan antara kaum dan pucuk pimpinan negara," katanya.
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata kerajaan akan terus komited membantu rakyat dalam menangani kos sara hidup, isu percukaian dan masalah sosial seperti buli yang semakin membimbangkan
"Kepercayaan rakyat kepada kerajaan selama ini akan direalisasikan dengan berkesan," katanya.
Bersempena sambutan Aidilfitri tahun ini, Ahmad Zahid menyeru rakyat Malaysia berkunjung ke majlis rumah terbuka Aidilfitri bagi mengeratkan tali persaudaraan antara semua sebagai masyarakat pluralistik di negara ini.
"Buat seluruh umat Islam di Malaysia, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Kita telah berjaya melalui cabaran madrasah Ramadan. Hari ini (1 Syawal) adalah hari kemenangan.
"Sebagai sebuah masyarakat majmuk yang hidup aman harmoni, marilah kita raikan Aidilfitri ini dengan rasa muhibah. Menyantuni keluarga, sanak saudara dan sahabat handai tanpa mengira perbezaan agama, budaya dan warna kulit," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 23 2017
AHMAD ZAHID: Kepercayaan rakyat kepada kerajaan selama ini akan direalisasikan dengan berkesan.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Fitnah: Dr Maza saman GISB, tuntut ganti rugi RM10 juta
Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin memfailkan saman RM10 juta terhadap GISB atas dakwaan memfitnahnya dalam satu sidang media Ogos lepas. Dalam pernyataan t
Video wawancara PM Anwar bersama CNN disunting, tidak gambarkan konteks penuh - Fahmi
Wawancara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai konflik Israel-Palestin bersama Richard Quest daripada CNN disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Program Jelajah Bongkar, platform rakyat nilai pemimpin negeri dipilih
Program berbentuk turun padang itu bertujuan memberi penerangan berkaitan fakta serta fitnah tentang sesuatu isu atau perkara yang berlaku.
‘Tak habis fitnah keji aib maruah saya’ - PM Anwar
Beliau yang kesal dengan tuduhan liar itu berkata terdapat isu yang sudah berlaku puluhan tahun lalu yang diungkit kembali sekali gus mendatangkan fitnah.
Dewan Ulama Pas fokus usaha perkukuh kesatuan ummah
Muktamar Tahunan Dewan Ulama Pas ke-63 memfokus kepada usaha memperkukuh kesatuan ummah dengan menggariskan tiga teras utama selaras tema kali ini iaitu 'Kesatuan Asas Kekuatan.'
Pemindahan IPD Melaka Tengah ke bangunan sementara bukan dihalau
Zainol berkata dakwaan dibuat individu tidak bertanggungjawab itu adalah fitnah bertujuan mencemarkan imej PDRM dan kerajaan negeri Melaka.
Henti budaya fitnah, hormat institusi perkhidmatan awam - Cuepacs
Cuepacs menggesa penggiat media sosial supaya tidak membuat tuduhan palsu dan tidak berasas mengenai institusi perkhidmatan awam hingga memberi gambaran tidak baik kepada penjawatnya.
Puteri Sarah zahir rasa syukur kes saman bekas kakak ipar Ira Kazar selesai
Puteri Sarah zahir rasa syukur selepas kes tuntutan samannya ke atas bekas kakak ipar Ira Kazar dapat diselesaikan dengan cara baik.
Fahmi Fadzil mohon kes saman terhadap Papagomo, dua lain dibicarakan bersama
Fahmi Fadzil akan memfailkan permohonan supaya kes samannya terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali sebagai Papagomo, Ahmad Dusuki Abd Rani dan Mohd Fauzan Madzlan dibicara bersama.
Media barat banyak sebar maklumat palsu, fitnah isu kemanusiaan di Palestin - Ramanan
Orang ramai perlu berhati-hati dalam menerima dan menapis sebarang maklumat berkaitan krisis kemanusiaan yang berlaku di Palestin.