awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dikejar 30 minit sebelum ditangkap cuba menyelinap masuk Malaysia

Sinar Harian
Sinar Harian
05/09/2025
03:00 MYT
Dikejar 30 minit sebelum ditangkap cuba menyelinap masuk Malaysia
Maritim Malaysia Selangor berjaya menahan dua lelaki warga Indonesia yang cuba menyelinap masuk menggunakan bot pancung melalui laluan haram di perairan Morib. - Foto Sinar Harian
PELABUHAN KLANG: Cubaan dua lelaki warga Indonesia menyelinap masuk ke negara ini melalui laluan haram gagal selepas bot pancung yang dinaiki mereka ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor di perairan Morib awal pagi Jumaat.
Pengarah Maritim Malaysia Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1.20 pagi ketika pihaknya mengesan sebuah bot tanpa nombor pendaftaran yang mencurigakan.
Menurutnya, operasi itu dijalankan menerusi Op Khas Jalur Belakang hasil maklumat risikan dengan bantuan Area Control Centre (ACC) Klang.
“Kira-kira jam 12 tengah malam, ACC mengesan sebuah bot mencurigakan, bot ronda Maritim Malaysia kemudian diatur gerak ke lokasi dan mengarahkan bot itu berhenti, namun arahan tersebut tidak diendahkan.
“Sebaliknya, bot terbabit terus memecut sehingga berlaku aksi kejar-mengejar hampir 30 minit sebelum ia terkandas di kawasan bakau Morib,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati tiada kru ditemui di atas bot berkenaan.
“Bagaimanapun, hasil pencarian di kawasan sekitar membawa kepada penahanan dua lelaki warga Indonesia berusia 22 dan 33 tahun yang tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.
“Kedua-duanya dipercayai cuba memasuki Malaysia melalui laluan tidak diwartakan,” katanya.
Abdul Muhaimin berkata, kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.
“Bot dan kedua-dua suspek dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Negeri Selangor untuk tindakan lanjut.
“Orang ramai dinasihatkan supaya menyalurkan maklumat atau aduan berkaitan jenayah serta kecemasan di laut ke Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-31760627 atau talian kecemasan 999 bagi maklum balas segera,” katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#warga Indonesia
#Maritim Malaysia
#Bot pancung
#laluan haram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan