Pelan persaraan awal dengan jumlah simpanan yang mencukupi amat penting bagi menjamin kehidupan yang selesa selepas bersara.
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Utara Malaysia, Prof Dr Noor Azizi Ismail berkata dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, seorang pesara memerlukan sekurang-sekurangnya RM1,500 sebulan untuk menampung kehidupan lebih-lebih lagi bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar.
Katanya pekerja sektor swasta tidak sepatutnya hanya bergantung kepada simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) semata-mata untuk menjamin persaraan yang selesa.
"Untuk lima ke 10 tahun akan datang, RM1,500 pun tidak mencukupi melainkan mereka bebas daripada hutang atau mempunyai simpanan lain.
"Bagaimanapun, ketika ini ada yang membeli rumah secara hutang sehingga umur 70 tahun," katanya ketika dihubungi Bernama.
Menurut KWSP, pada Mei lepas hanya 22 peratus daripada 6.7 juta pencarum aktif KWSP berumur 54 tahun mempunyai jumlah simpanan asas sebanyak RM196,800 atau lebih, dengan penggunaan sekurang-kurangnya RM820 sebulan untuk menampung kehidupan dalam tempoh persaraan.
Prof Noor Azizi berkata statistik itu amat membimbangkan terutamanya apabila melibatkan kos penjagaan kesihatan.
"Bagi yang mempunyai insurans mungkin tiada masalah tetapi saya tahu ramai yang tidak mempunyai insurans kesihatan terutama pekerja di peringkat bawahan," katanya.
Sementara itu, penyelia di sebuah syarikat swasta Hendri Yanti Zainal Arifin, 32, berkata persaraan yang selesa bagi dirinya adalah memiliki rumah sendiri dengan simpanan yang mencukupi.
Bagaimanapun, beliau menyuarakan kebimbangan mengenai situasi belia hari ini yang menghadapi kesukaran untuk memiliki rumah sendiri kerana harga yang terlalu tinggi.
"Tidak mustahil ramai belia hari ini yang akan terus menyewa rumah walaupun selepas bersara dan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, simpanan KWSP mungkin tidak dapat bertahan lama," kata Hendri Yanti.
Bagi pensyarah kolej swasta Khairul Nizam Ahmad Lutfi, 35, golongan bergaji rendah adalah mereka yang akan paling terkesan setelah bersara kelak.
"Gaji yang rendah bermakna caruman (KWSP) juga rendah. Simpanan tidak akan dapat bertahan lama dan mereka terpaksa bekerja semula kecuali jika mereka mempunyai anak-anak yang mampu menanggung perbelanjaan mereka," katanya.
Khairul Nizam berkata selain membeli rumah sendiri, baginya pesara juga perlu mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM400,000 bagi menjamin persaraan yang selesa.
"Saya bersyukur mampu membli rumah sendiri ketika berusia 20-an tetapi saya masih bimbang tidak mempunyai simpanan yang mencukupi apabila bersara," katanya. --BERNAMA
Bernama
Thu Nov 10 2016
Pekerja sektor swasta tidak sepatutnya hanya bergantung kepada simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) semata-mata untuk menjamin persaraan yang selesa. -Gambar fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Jangan hanya bergantung kepada simpanan KWSP untuk persaraan
Prof Noor Azizi berkata statistik itu amat membimbangkan terutamanya apabila melibatkan kos penjagaan kesihatan.