KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa agar tidak terlalu menumpukan kepada usaha membentuk imuniti kelompok sebaliknya memastikan seramai mungkin orang divaksin, dengan memberi tumpuan di negeri yang mempunyai kadar jangkitan tinggi.
Menurut Pakar Penyakit Berjangkit Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman, perkara yang penting dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah untuk melindungi mereka yang berisiko daripada dijangkiti COVID-19 yang teruk.
"Secara peribadi saya berpendapat, daripada kita taksub dengan 80 peratus imuniti kelompok di seluruh negara, kita sepatutnya memberi perhatian kepada negeri-negeri yang ada kadar yang agak tinggi.
"Perlu beri perhatian untuk pastikan vaksin diberikan segera kepada mereka yang berumur lebih 60 tahun atau kurang 60 tahun tetapi mengalami kencing manis dan sebagainya.
"(Selain itu) Disebabkan krisis yang dihadapi sekarang ialah tidak cukup katil disebabkan ramai yang dimasukkan ke hospital maka kerajaan perlu memberi perhatian memberi vaksin di negeri-negeri yang mempunyai kadar jangkitan yang tinggi," katanya kepada Astro AWANI dalam program Leaders Speakeasy yang bertajuk Memimpin Menerusi Sains di Tengah Kekeliruan.
Dr Adeeba yang juga Ahli Majlis Sains Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjelaskan, vaksin jelas telah mengurangkan kadar kematian dan mengurangkan kadar jangkitan yang teruk.
"Dalam satu kajian oleh Public Health England yang keluar minggu lepas menunjukkan dengan satu dos AstraZeneca di United Kingdom, mereka boleh mengurangkan kadar kematian setinggi 80 peratus dan juga kadar kemasukkan ke hospital bagi mereka yang berumur lebih 60 tahun.
"Kajian itu mendapati, satu dos AstraZeneca mengurangkan kematian kepada 80 peratus dan satu dos Pfizer juga mengurangkan kematian pada jumlah yang sama serta dua dos Pfizer mengurangkan kematian kepada 97 peratus," katanya lagi.
Justeru beliau menegaskan apa yang penting adalah memastikan vaskin diberikan kepada mereka yang berisiko tinggi sebanyak dan secepat mungkin.
Selain itu, beliau juga menggesa kerajaan meningkatkan kesedaran terhadap orang ramai tentang keperluan mendapatkan vaksin COVID-19.
Dr Adeeba berpendapat perkara itu perlu dilakukan kerana masih ramai yang keliru tentang kesan sampingan pengambilan vaksin.
"Kerajaan perlu meningkat komunikasi dengan menggunakan dengan bahasa yang mudah difahami dan secara telus.
"Ramai yang masih keliru dan takut dengan kesan sampingan yang boleh didapati dari pengambilan vaksin," katanya.
Beliau juga menyeru orang ramai agar mendapatkan maklumat tentang pengambilan vaksin dan COVID-19 daripada sumber yang sahih.
Irwan Muhammad Zain
Wed May 19 2021
Dr Adeeba berkata, vaksin jelas telah mengurangkan kadar kematian dan mengurangkan jangkitan yang teruk. - Gambar fail/ Bernama
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Buruh ladang warga Indonesia maut dipanah petir
Mangsa dikenali sebagai Kamarudin,40, berasal dari Montong Berore, Mataram, Lombok disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
OpenAcademy: How microlearning transforms Malaysia's work landscape?
OpenAcademy, a Malaysian ed-tech startup, directly addresses the critical need for workforce upskilling in Malaysia. Their user-friendly mobile platform delivers microlearning modules focused on practical, industry-relevant digital skills. This empowers Malaysians at all career stages to enhance their skill sets and remain competitive in the evolving digital landscape.
Dr Adeeba dinobat sebagai Tokoh Akademik Negara
Pakar Penyakit Berjangkit Negara, Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman telah dinobatkan sebagai Tokoh Akademik Negara.
Malaysia hilang 30 graduan perubatan UM kepada Singapura setiap tahun - Dr Adeeba
Setiap tahun, 30 graduan perubatan terbaik Universiti Malaya mencari peluang yang lebih baik di negara jiran, Singapura.
Hapuskan ketidaksamaan untuk lenyapkan AIDS -Dr Adeeba
Stigma dan diskriminasi menjadi penghalang yang tidak diperlukan kepada perkhidmatan rawatan, pencegahan dan penjagaan HIV.
Dr Adeeba dilantik Pesuruhjaya Suruhanjaya Global berkaitan dadah
Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman merupakan rakyat Malaysia pertama memegang jawatan Pesuruhjaya Suruhanjaya Global Polisi Dadah.
MAF komited tangani peningkatan kes HIV, AIDS - Dr Adeeba
Sebelum ini MAF alami kekangan untuk melaksanakan program berkaitan berikutan banyak pihak yang terlibat membantu memerangi COVID-19.
Peralihan ke endemik: Waspada, jangan ambil mudah - Pakar Kesihatan
Malaysia telah memasuki Fasa Peralihan ke Endemik sejak 1 April yang menyaksikan pembukaan semula banyak sektor dan aktiviti ekonomi serta kehadiran orang ramai.
Tanpa 'lockdown', Taiwan berjaya kawal penularan COVID-19, kata Dr Adeeba
Tiga negara lain yang berjaya mengawal penularan COVID-19 ialah Vietnam, Bhutan dan sebuah negara paling miskin di Afrika, Rwanda.
Jangan hanya tumpu bentuk imuniti kelompok, perlu vaksin seramai mungkin - Dr Adeeba
Dr Adeeba berkata apa yang penting dalam program vaksin kebangsaan adalah untuk melindungi mereka yang berisiko dijangkiti COVID-19 yang teruk.
Agong bangga atas pelantikan Dr Adeeba sebagai anggota Majlis Sains WHO
Pakar penyakit berjangkit negara Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman atas pelantikan menjadi anggota Majlis Sains Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Dr Christopher Lee diangkat sebagai Presiden Majlis AIDS Malaysia baharu
Perkara itu disahkan oleh Dekan Perubatan Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman menerusi Twitter rasminya.