awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
Krisis politik Perlis: Wujud dalang, perlukan 'lampu ajaib' pastikan situasi tidak berjangkit - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan heret negara ke arah ketidaktentuan - Agong

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
16/10/2020
03:45 MYT
Jangan heret negara ke arah ketidaktentuan - Agong
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah mengenai perkembangan situasi politik negara. -Gambar fail
KUALA LUMPUR:Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati rakyat, khususnya ahli politik, agar bermuhasabah supaya negara tidak diheret ke kancah politik yang tidak menentu.
Dalam satu kenyataan, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin berkata Baginda menjelaskan negara masih berhadapan dengan pelbagai masalah dan masa depan sukar akibat ancaman wabak COVID-19.
“Al-Sultan Abdullah turut mengulangi titah nasihat Baginda kepada ahli-ahli Parlimen semasa Istiadat Perasmian Pembukaan Penggal Ketiga Parlimen ke-14 Mei lalu.
“Baginda menuntut kematangan dalam berpolitik dan memahami serta menjiwai keluh kesah rakyat dan tidak mengabaikan kesejahteraan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Ahmad Fadil berkata Baginda turut menegaskan ahli-ahli politik seharusnya tidak mengakhiri perbezaan pendapat dengan permusuhan, sebaliknya menyelesaikannya melalui perundingan dan proses perundangan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Suhu politik tanah air negara kembali panas susulan sidang media pada 23 September lepas oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk membentuk sebuah kerajaan baharu.
Susulan itu, Ketua Pembangkang itu telah menghadap Yang di-Pertuan Agong pada Isnin lepas bagi menjelaskan kenyataan tersebut.
Bagaimanapun Istana Negara mengeluarkan kenyataan bahawa Anwar sekadar mengemukakan jumlah ahli Dewan Rakyat yang didakwa memberi sokongan kepada beliau tanpa mengemukakan senarai nama bagi mengukuhkan dakwaan itu.
Susulan tindakan itu, Yang di-Pertuan Agong menasihati Anwar agar akur dan menghormati proses perundangan seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#PKR
#Dewan Rakyat
#Yang di-Pertuan Agong
#politik
#kerajaan
#pembangkang
#rakyat
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan