KUALA LUMPUR:Proklamasi darurat yang diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk menangani pandemik COVID-19 di negara ini tidak seharusnya dijadikan isu kerana Malaysia bukan satu-satunya negara yang melaksanakan perintah itu, kata pakar undang-undang Datuk Mohd Haaziq Pillay Abdullah.
Beliau berkata negara lain seperti New Zealand, Jepun, Australia, Perancis, Finland dan Indonesia turut mengambil langkah sama.
Peguam kanan itu berkata walaupun ada yang berpendapat ia bertentangan dengan prinsip demokrasi, keperluan untuk menyelamatkan nyawa menjadi keutamaan.
"Pada pendapat saya, pengisytiharan itu perlu kerana Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) tidak lagi memadai untuk membendung penularan virus yang semakin buruk kerana akta itu memerlukan prosedur yang mungkin memakan masa dan keputusannya melibatkan perbincangan yang panjang.
"Ia tidak menyediakan remedi yang cepat dan efisien. Pengisytiharan darurat adalah penting. Sebagai contoh, dengan deklarasi perintah itu, hospital swasta kini boleh diarahkan mengambil kes-kes COVID-19. Ini hanyalah satu contoh pihak eksekutif boleh memberi arahan tanpa memerlukan proses birokrasi," katanya kepada Bernama.
"Dalam keadaan sekarang apabila negara berhadapan dengan pandemik yang semakin parah, keputusan perlu dibuat serta-merta. Mereka yang fikir bahawa darurat ini bermotifkan politik, pandangan mereka itu adalah salah. Malah, ia dilihat mencabar kuasa Agong yang secara jelas diperuntukkan dalam Perlembagaan," katanya.
Berkongsi sentimen yang sama, peguam Muhammad Akram Abdul Aziz berkata kes COVID-19 meningkat setiap hari kebelakangan ini, sekiranya pengisytiharan darurat boleh menstabilkan keadaan politik semasa di Malaysia sambil menangani kes-kes, maka ia merupakan langkah yang baik.
"Bagaimanapun, ia adalah sebahagian daripada prerogatif Yang di-Pertuan Agong seperti dinyatakan dalam Perkara 150(1) Perlembagaan Persekutuan. Ia mungkin menjadi isu daripada perspektif ahli politik tempatan, kerana ada yang menganggap proklamasi darurat ini adalah cara melindungi kerajaan sedia ada berbanding untuk membendung peningkatan kes COVID-19.
"Pada masa ini, orang ramai masih menjalankan kehidupan harian seperti biasa (semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan), jadi dapat dikatakan bahawa proklamasi darurat bukanlah masalah kepada kebanyakan rakyat Malaysia," katanya.
Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia Prof Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, semasa tempoh darurat ini semua Ahli Parlimen perlu mengutamakan rakyat berbanding isu lain.
Sementara itu, peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla menggesa kerajaan menggunakan kuasanya untuk mengarahkan institusi kewangan berhenti mengejar penghutang sekurang-kurangnya sehingga darurat ini tamat.
"Di bawah ordinan darurat, kerajaan mempunyai kuasa untuk mengarahkan hotel atau bangunan lain untuk dijadikan sebagai pusat kuarantin. Kaedah sama juga perlu digunakan kepada bank-bank agar orang ramai dapat melihat manfaat daripada perintah darurat," katanya.
Pada 12 Jan, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengisytiharkan darurat yang berkuat kuasa hingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif membendung pandemik COVID-19 yang semakin serius di Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 28 2021

Dalam keadaan sekarang apabila negara berhadapan dengan pandemik yang semakin parah, keputusan perlu dibuat serta-merta, kata pakar undang-undang Datuk Mohd Haaziq Pillay Abdullah.

Ismail Sabri, pegawai tertinggi ATM terima suntikan vaksin COVID-19
Beliau menerima suntikan dos pertama vaksin berkenaan sekitar pukul 9.30 pagi oleh vaksinator Koperal Siti Maliah Sheikh Alwi.

Kerajaan Arab Saudi belum wajibkan vaksin COVID-19 ke atas jemaah umrah
Ketika ini, Arab Saudi hanya mewajibkan suntikan Meningococcal Meningitis kepada jemaah selain pelaksanaan SOP yang ditetapkan.

AWANI Ringkas: EU disaran wujud sijil digital vaksin seragam

COVID-19: Satu juta telah daftar terima vaksin di MySejahtera - Khairy
Khairy menyeru kepada orang ramai untuk bersama-sama mengakhiri wabak ini dengan mendaftarkan diri untuk pengambilan vaksin COVID-19.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [26 Februari 2021] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [26 Februari 2021]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892597/9449734071614300202360_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [26 Februari 2021]
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Geegee Ahmad dan juga Hakim Rahman dalam #AWANIpagi 25 Februari 2021.

Azizulhasni cuba teknik berbeza Ahad ini
Di sebalik jangkaan ramai bahawa pelumba kelahiran Terengganu itu akan meneruskan momentumnya, Azizulhasni menganggap reputasi hanyalah sandaran di atas kertas sahaja.

LHM: Tiga kes positif COVID-19 gugat persiapan THT
Keputusan ujian calitan itu merupakan satu tamparan hebat terhadap usaha KHM membentuk gelembung sukan menjelang aksi pembuka tirai di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, 11 Mac ini.

Terkejut tapi Yee Fatt sedia pikul amanat Perak FC
Dia mengakui pelantikannya bermula daripada saranan Mehmet Durakovic sendiri, Yee Fatt bertekad legasi jurulatih dari Australia itu akan diteruskan musim ini.

Mansuh kawal selia industri beras, tingkat daya saing tempatan - IDEAS
Pemansuhan kawal selia import beras akan menggalakkan daya saing, kecekapan dan inovasi dalam pasaran tempatan.

COVID-19: Korban global cecah 2.5 juta
Menurut data Universiti Johns Hopkins, jumlah korban meningkat kepada 2,501,626 ketika dunia mencatatkan lebih 112.7 juta kes positif.

'Tun M yang sepatutnya ketuai PN, tiada siapa dapat baca fikirannya' - Marzuki
Tun Dr Mahathir Mohamad yang sepatutnya menghadap Yang di-Pertuan Agong dan mengambil peluang untuk mengumumkan bahawa beliau mempunyai sokongan yang mencukupi.

Parlimen institusi terbaik laksana semak imbang
Jawatankuasa bebas yang ditubuhkan di bawah Parlimen masih boleh melakukan semak dan imbang walaupun Parlimen tidak bersidang.

Sidang Parlimen semasa darurat: 'Fokus kepada isu rakyat, bukan semata-mata berpolitik'
Jika Parlimen sudah kembali bersidang, fokus perlu diletakkan kepada agenda menangani krisis kesihatan yang lebih membelenggu rakyat ketika ini.

Persidangan Parlimen: Azalina Othman junjung kasih titah Agong
Menerusi ciapan di Twitter, Azalina merakamkan terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong kerana senantiasa menjadi pelindung rakyat dan penjaga perlembagaan negara.

Berita tempatan pilihan sepanjang Rabu
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Persidangan Parlimen: UMNO sifatkan Agong utamakan prinsip Keluhuran Perlembagaan
Shahril Sufian Hamdan berkata setiap cabang sistem demokrasi negara perlu akur kepada prinsip Rukun Negara termasuk kerajaan (Eksekutif).

Agong berhak tentukan sidang Parlimen tanpa nasihat PM - Ku Li
Kuasa bagi memanggil sidang Parlimen terletak pada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tanpa memerlukan nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

FB Live mengenai darurat: Aziz Bari beri keterangan kepada polis
Dia dipanggil polis untuk memberi keterangan bermula jam 11.45 pagi dan selesai kira-kira 1 tengah hari.

PM perlu panggil sidang Parlimen Mac ini - PH
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong dan segera menasihati Seri Paduka Baginda memanggil sidang Parlimen seawal Mac depan.

Parlimen itu dibuka bagi memudahkan perjalanan proses semak dan imbang
Pembukaan persidangan Parlimen adalah bagi memudahkan proses semak dan imbang yang merupakan sebahagian tanggungjawab Ahli Parlimen.