Anggota polis merokok dalam restoran disiasat

Tindakan disiplin akan diambil sekiranya didapati anggota terbabit melanggar tatatertib perkhidmatan. - Gambar fail
KLUANG: Polis Johor sedang menjalankan siasatan tatatertib terhadap seorang anggota polis selepas video tular menunjukkan beliau merokok di sebuah restoran di Taman Tasik Indah, Kluang baru-baru ini.
Ringkasan AI
- Video tular menunjukkan seorang anggota IPD Kluang merokok di premis awam mencetuskan kritikan netizen dan siasatan tatatertib sedang dijalankan.
- Ketua Polis Daerah Kluang menegaskan tindakan tegas akan diambil terhadap anggota yang mencemarkan imej pasukan dan melanggar peraturan.
- Polis menyeru masyarakat agar menunggu hasil siasatan rasmi yang dijangka selesai dalam masa terdekat sebelum membuat sebarang andaian.
“Polis tidak akan berkompromi dalam mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pegawai atau anggota yang mencemarkan reputasi pasukan,” katanya dalam kenyataan, pada Isnin.
Video berdurasi tujuh saat itu menunjukkan dua anggota polis berada di dalam restoran, dengan salah seorang dilihat sedang merokok.
Rakaman itu tular di media sosial, mencetuskan kritikan netizen yang berpendapat tindakan tersebut boleh menjejaskan imej pasukan polis.
Haris menegaskan setiap anggota polis harus mematuhi peraturan yang ditetapkan, termasuk larangan merokok di premis awam.
Beliau menambah, tindakan disiplin akan diambil sekiranya didapati anggota terbabit melanggar tatatertib perkhidmatan.
"Pihak polis juga memohon kerjasama orang ramai untuk tidak membuat spekulasi sehingga siasatan selesai.
"Kes ini dijangka selesai dalam tempoh terdekat, dan sebarang tindakan lanjut akan diumumkan secara rasmi oleh pihak polis," katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


