KUALA LUMPUR: Dasar kabotaj telah lama dilaksanakan untuk melindungi industri perkapalan tempatan dan harus kekal praktikal, kata tokoh perkapalan Malaysia, Datuk Kapten Ahmad Sufian Abdul Rashid.
Beliau berkata bahawa dasar kabotaj bukan sesuatu yang eksklusif untuk Malaysia sahaja, ia telah diamalkan oleh negara-negara lain untuk melindungi perkapalan serta pertumbuhan perkhidmatan perkapalan mereka dan syarikat tempatan harus diutamakan apabila ia melibatkan kerja-kerja di perairan negara.
"Tidak menjadi kesalahan untuk melindungi industri tempatan. Bagaimanapun, pada masa lalu dan sepatutnya ia harus diteruskan, apabila terdapat keperluan untuk perkhidmatan khusus dan pengecualian, kebenaran diberikan kepada syarikat perkapalan asing yang memohonnya.
Ahmad Sufian ialah bekas pengerusi Global Maritime Ventures Bhd, Alam Maritim Resources Bhd dan Malaysian Bulk Carriers Bhd.
"Kebenaran harus diberikan jika keperluannya mendesak, syarikat asing seperti syarikat teknologi multinasional yang pakar dalam perkhidmatan dan produk berkaitan Internet, memerlukannya dengan segera. Dasar kabotaj tidak seharusnya terlalu ketat tetapi pada masa yang sama syarikat Malaysia harus diberi keutamaan, " katanya kepada Bernama.
Bagaimanapun, beliau berkata walaupun dasar kabotaj harus melindungi rakyat tempatan, kerajaan perlu memastikan perniagaan tempatan mempunyai keupayaan dan aset yang diperlukan.
"Kita tidak suka apabila syarikat tempatan menggunakan perkhidmatan asing jika kita tidak mempunyai aset untuk digunakan, jangan lakukan urus niaga pembrokeran kerana ia membawa kepada kos yang lebih tinggi. Dasar Kabotaj yang terlalu ketat mungkin akan menyusahkan kita pula nanti," katanya.
Memetik Akta Jones di Amerika Syarikat (AS), ia merupakan undang-undang persekutuan yang mengawal perdagangan maritim di Amerika Syarikat, Ahmad Sufian berkata sama ada AS, Indonesia atau beberapa negara lain, mereka mempunyai cara mereka untuk melindungi industri tempatan walaupun mungkin di bawah nama yang berbeza.
Akta Jones memerlukan barangan yang dihantar antara pelabuhan AS diangkut dengan kapal yang dibina, dimiliki dan dikendalikan oleh rakyat atau penduduk tetap negara itu.
Sementara itu, dasar kabotaj Malaysia yang menjadi perdebatan hangat di parlimen adalah dasar yang mengawal pengangkutan dan penghantaran barang atau penumpang antara dua tempat di sepanjang laluan perairan di negara yang sama oleh pengendali pengangkutan dari negara lain, ia diamalkan oleh kebanyakan negara di seluruh dunia termasuk negara maju.
Penguatkuasaannya sangat ketat di beberapa negara berkenaan sehingga tiada kapal milik asing dibenarkan beroperasi di perairan mereka.
Dasar tersebut telah dilaksanakan pada tahun 1980 dengan matlamat untuk meningkatkan pemilikan Malaysia dan perkapalan tempatan secara amnya dan bagi mengurangkan kebergantungan Malaysia kepada kapal asing dan pengaliran keluar pertukaran asing dalam bentuk pembayaran untuk penghantaran barangan.
Ia juga berfungsi sebagai batu loncatan bagi syarikat perkapalan tempatan untuk berkembang secara beransur-ansur ke perairan antarabangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 28 2021
Dasar kabotaj telah diamalkan oleh negara-negara lain untuk melindungi perkapalan serta pertumbuhan perkhidmatan perkapalan mereka. - Gambar hiasan/Bernama
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
Dasar Kabotaj Negara tidak kekang pelaburan asing - Ka Siong
Dua seteru politik ini bertemu di satu pentas debat yang disiarkan secara langsung malam ini yang membahaskan isu Dasar Kabotaj Negara.
Debat Dasar Kabotaj: Guan Eng dakwa Ka Siong buat serangan peribadi
Guan Eng berkata, Ka Siong mungkin berasa marah kerana tidak menyangka beliau terima berdebat tentang dasar kabotaj MOT
Kerajaan hapus dasar kabotaj bermula 1 Jun - PM Najib
Bagaimanapun, Najib berkata pengecualian itu tidak terpakai terhadap aktiviti perkapalan di antara dua negeri dan wilayah di Malaysia Timur itu.